Jenazah tiga beranak dijangka dikebumi petang ini

Jenazah tiga beranak dijangka dikebumi petang ini
ALOR SETAR: Jenazah tiga beranak yang meninggal dunia selepas kereta dinaiki mereka terbabas lalu terjunam ke dalam sungai di Jambatan Syed Omar, Jalan Sungai Petani -Baling dijangka dikebumi di Kampung Lengkuas, petang ini.
Adik mangsa, Mohd Asyraf Ibrahim, 34, berkata jenazah kakak dan dua anak saudaranya itu kini masih berada di Unit Forensik Hospital Kulim untuk proses bedah siasat.
Katanya, keluarga sedang menunggu proses bedah siasat selesai termasuk keputusan COVID-19 sebelum membawa pulang tiga jenazah berkenaan ke kampung mereka di sini.
“Sebaik selepas semua urusan di hospital selesai petang ini, kita akan bawa pulang ketiga-tiga jenazah untuk dikebumikan di sini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Mohd Asyraf berkata, kakaknya, Masyitoh Ibrahim, 37, adalah anak ketujuh daripada sembilan beradik dan mempunyai hubungan rapat dengan ahli keluarga, malah arwah kakaknya sering mengambil berat adik-beradik yang lain.
“Kami sekeluarga reda dengan apa yang berlaku walaupun masih terkejut dengan kejadian ini,” katanya yang tiba di lokasi kejadian pada jam 11.30 malam tadi dan menunggu sehingga operasi menyelamat selesai kira-kira jam 3.30 pagi.
Disyorkan Untuk Anda :
- Jangan Biarkan Pengerusi FGV Lantikan PN Terus Menghirup Darah Peneroka
- Isham Jalil Akan Di Lantik Sebagai Ahli MKT UMNO
- Hishamuddin Perlekehkan Peranan ATM Kerana Mahu Alih Perhatian Rakyat Dari Skandal UKSB?
- Isu Tajuddin Di Gugurkan Dari MKT UMNO, Jangan Probok Probok Lah…
Dalam kejadian semalam, tiga beranak ditemukan lemas selepas kereta PROTON Persona yang dinaiki terbabas lalu terjunam ke dalam sungai di Jambatan Syed Omar, Jalan Sungai Petani – Baling.
Mayat Masyitoh dan dua anaknya, Muhammad Ziyad Zikri Sharudin, 7, serta Muhammad Ziyad Haziq, 5, ditemui dalam keadaan saling berpelukan di bahagian belakang kenderaan itu pada jam 3.30 pagi sebaik kereta itu berjaya ditarik naik sebuah kren dari dasar sungai berkenaan.
Jenazah tiga beranak dijangka dikebumi petang ini
Disyorkan Untuk Anda :
- Kerana Mahathir Tugas Berat Menanti Tajuddin Rahman Di Indonesia
- Rundingan Kerjasama Azmin Dan PKR Gagal, Tapi Tidak Gagal Sepenuhnya
- Kluster Putrajaya Akan Kehilangan Segalanya Sekiranya PRU 15 Lambat Di Adakan
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.