13 terbunuh Russia bedil peluru berpandu ke atas pusat beli-belah

13 terbunuh Russia bedil peluru berpandu ke atas pusat beli-belah
KYIV: Peluru berpandu didakwa milik Russia dilancarkan ke arah pusat beli-belah yang sesak di Kremenchuk, sebuah bandar di tengah Ukraine mengakibatkan sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh semalam.
Perkara itu dimaklumkan gabenor wilayah dan kejadian itu mencetuskan kemarahan antarabangsa.
“Serangan Russia pada hari ini ke arah pusat beli-belah di Kremenchuk adalah salah satu tindakan pengganas paling kurang ajar dalam sejarah Eropah,” kata Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky dalam siaran petang semalam yang dimuatnaik menerusi aplikasi Telegram.
Menurut Gabenor wilayah Poltava, iaitu di mana terletaknya Kremenchuk, Dmytro Lunin, angka kematian meningkat daripada 10 sehingga sekurang-kurangnya 13 orang dan lebih 40 orang tercedera.
Terdahulu, Zelensky berkata, lebih 1,000 orang awam berada di pusat beli-belah itu ketika peluru berpandu mengenai bandar terbabit yang mempunyai populasi seramai 220,000 orang sebelum perang meletus.
“Pusat beli-belah itu terbakar, penyelamat bertungkus-lumus memadamkan api. Angka mangsa mustahil untuk dibayangkan,” kata Zelensky menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook.
Video yang dikongsikan oleh Presiden Ukraine menunjukkan pusat beli-belah itu diselubungi nyalaan api dan puluhan penyelamat serta trak bomba berada di perkarangan.
Disyorkan Untuk Anda :
- Kerana Mahathir Tugas Berat Menanti Tajuddin Rahman Di Indonesia
- Rundingan Kerjasama Azmin Dan PKR Gagal, Tapi Tidak Gagal Sepenuhnya
- Kluster Putrajaya Akan Kehilangan Segalanya Sekiranya PRU 15 Lambat Di Adakan
Perkhidmatan kecemasan turut menyiarkan imej menunjukkan kesan bara yang terdapat dalam bangunan terbabit dan pasukan bomba serta penyelamat cuba untuk membersihkan serpihan.
Sementara itu, Kementerian Pertahanan Ukraine berkata, serangan itu sengaja dilakukan bertepatan dengan waktu paling sibuk di pusat beli-belah itu termasuk menyebabkan angka mangsa yang maksimum.
Tentera udara Ukraine berkata, pusat beli-belah itu diserang dengan peluru berpandu antikapal Kh-22 yang dilancarkan pengebom Tu-22, dari wilayah Kursk di barat Russia.
“Tembakan peluru berpandu di Kremenchuk mengenai kawasan yang sangat sibuk dan tidak mempunyai kaitan dengan permusuhan,” kata Datuk Bandar, Vitali Maletsky menerusi Facebooknya.
Lunin mengecam serangan itu sebagai ‘jenayah perang’ dan ‘jenayah terhadap kemanusiaan’ serta mengatakan ia adalah ‘tindakan keganasan sinis terhadap orang awam’.
Susulan itu, Menteri Luar Ukraine, Dmytro Kuleba pula menyeru sekutu Kyiv untuk membekalkan lebih banyak senjata berat dan mengenakan sekatan baharu ke atas Russia. – AFP
Ukraine dakwa bedil kapal perang strategik Russia
13 terbunuh Russia bedil peluru berpandu ke atas pusat beli-belah
Disyorkan Untuk Anda :
- Ismail Sabri Sengaja Tidak Hadir Mesyuarat Penting UMNO?
- Bolehkah PH 2.0 Tumbangkan BN Dalam PRU 15?
- Sidang Media Tajuddin Rahman Buktikan Ismail Sabri Buat Kesilapan Besar Melantik Beliau Sebagai Duta
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.