Bolehkah PH 2.0 Tumbangkan BN Dalam PRU 15?

Bolehkah PH 2.0 Tumbangkan BN Dalam PRU 15?

Bolehkah PH 2.0 Tumbangkan BN Dalam PRU 15?

Edisi Siasat terpanggil untuk menjawab tulisan penulis pro PH, Kamarul Khairy, dalam Malaysiakini.

Baca di sini:

https://www.malaysiakini.com/letters/624017





Artikel beliau bertajuk ‘BN Dalam Bahaya Jika PH, PN Kerjasama’.

Seakan memberi amaran, beliau mengingatkan PH dan PN, seandainya tiada kerjasama dilakukan, maka BN akan kembali berkuasa.

Dan kepimpinan megara akan kembali diserahkan kepada golongan kleptokrat.

Beliau berhujah, penganalisa politik mendapati, sekiranya PH dan PN berkerjasama dalam PRN Melaka dan Johor, BN tidak mungkin akan menang bergaya dalam PRN tersebut.

Beliau juga cuba menutup kelemahan PH selama 22 bulan memerintah.





Di samping itu, beliau mendakwa dasar PH menghapuskan GST sebenarnya telah melegakan rakyat.

Tambah beliau lagi, selama 22 bulan memerintah, PH telah berjaya melakukan reformasi tetapi segala-galanya dimusnahkan dalam Langkah Sheraton.

Antara kebaikan PH yang beliau banggakan ialah tiada campurtangan badan kehakiman selama pemerintahan PH.

Edisi Siasat tidak pasti, adakah Kamarul menyemak segala fakta tulisan beliau atau beliau sekadar menulis mengikut selera sendiri.

BN Akan Tewas Dalam PRN Melaka Dan Johor Sekiranya PH Dan PN Berkerjasama

Fakta yang cuba diputarbelitkan oleh PH dan PN ialah peratusan mengundi yang rendah di kedua-dua PRN.





Mereka mendakwa, ini adalah kerana protes pengundi terhadap ahli politik yang menjerat rakyat dalam penderitaan hidup.

Persoalannya, pengundi parti mana yang ramai tidak keluar mengundi?

Secara mudah boleh kita rumuskan, pengundi yang banyak membuat protes adalah pengundi PH dan PN.

Pengundi tegar BN tetap keluar mengundi seperti biasa.

Mengapa pengundi PH dan PN membuat protes?





Kerana mereka sudah hilang keyakinan terhadap PH dan PN.

Dan untuk mengundi BN, mereka belum bersedia.

Mereka akan melihat perkembangan politik dan ekonomi di kedua-dua negeri tersebut.

Seandainya kedua-dua negeri tersebut stabil, maka mereka tidak akan teragak-agak untuk mengundi BN dalam PRU 15.

Itulah hakikatnya dan itu yang sedang ditimbangkan oleh pengundi sekarang ini.





Mungkin Kamarul juga lupa, sebelum PRN Melaka dan Johor, kita telah menjalani 7 siri pilihanraya kecil.

Dalam kesemua PRK, PPBM masih lagi berada bersama-sama PH, malah berada dalam kerajaan.

Parti manakah yang menang dalam PRK tersebut?

Benarkah Rakyat Gembira Dengan Penghapusan GST?

Tahukah Kamarul, kerajaan kehilangan pendapatan sebanyak RM20 bilion apabila sistem cukai GST ditukar semula kepada SST?

Baca di sini:

https://www.astroawani.com/berita-bisnes/peralihan-kepada-sst-pada-2018-akibatkan-kerugian-rm20-bilion-365195

Apakah kkesannya kepada rakyat?

Akibatnya apabila rakyat ditekan dengan kesempitan hidup, kerajaan tiada dana untuk membantu rakyat meneruskan kelangsungan hidup.

Maka berlakulah pemberhentian penjawat awam dalam skala besar.

Baca di sini:

https://www.malaysiakini.com/news/467533

Pemberian tunai kepada petani, nelayan, peneroka Felda dihentikan serta merta.

Maka terciptalah dasar ‘ikat perut’ di zaman pemerintahan PH selama 22 bulan.

Malah terdapat beberapa dasar lain yang menimbulkan kemarahan rakyat, seperti setiap orang minum sesudu minyak sawit setiap hari.

Baca di sini:

https://www.sinarharian.com.my/article/20016/BERITA/Nasional/Rakyat-Malaysia-wajib-tahu-khasiat-minyak-sawit

Alasan yang diberikan PH ialah, PH terpaksa menanggung hutang RM1 trilion yang ditinggalkan BN.

Kenyataannya, PH kehilangan sumber pendapatan yang banyak apabila memansuhkan GST.

Dan untuk menampung perbelanjaan pentadbiran, PH terpaksa menjual aset-aset strategik negara.

Benarkah Tiada Campurtangan Dalam Badan Kehakiman Di Zaman PH?

Paling menarik apabila Kamarul mendakwa di zaman PH, tiada campurtangan politik dalam badan kehakiman.

Mungkin Kamarul boleh berkan pencerahan mengapa secara tiba-tiba perbicaraan Lim Guan Eng dihentikan dan dakwaan digugurkan?

Ianya bukan sahaja telah mengejutkan institusi kehakiman di seluruh dunia, malah pihak pendakwa, SPRM, sendiri terkejut.

Baca di sini:

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/09/469295/sprm-terkejut-keputusan-bebas-guan-eng

Atau mungkin Kamarul boleh tolong jelaskan kepada pihak polis yang telah bertungkus lumus menyiasat dan menahan 12 orang yang terlibat dengan pengganas LTTE, mengapa kes mereka digugurkan?

Baca di sini:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02/657903/terkejut-tindakan-peguam-negara-gugurkan-kes-ltte

Itu hanya beberapa contoh dari puluhan kes yang membabitkan kes ahli politik PH telah digugurkan tanpa sebarang penjelasan yang munasabah.

Paling melucukan apabila kredibiliti PDRM diperlekehkan apabila tidak dapat membuat pengesahan watak ‘elfen fight elfen’, walau pun rakaman asal sudah diserahkan.

Mungkin Kamarul boleh tolong membuat pencerahan mengenainya.

Apa yang dapat Edisi Siasat rumuskan, kerjasama antara PH dan PN dalam PRU 15, pasti akan ditolak rakyat.

Namakanlah apa sahaja, khemah besar atau apa sahaja, rakyat tetap akan melihatnya sebagai PH 2.0.

Ini adalah kerana, pemimpin yang ada di dalam PH dan PN sekarang tetap muka yang sama semasa 22 bulan PH memerintah dan 17 bulan PN memerintah.

Bagi BN pula, mantapkan pentadbiran di negeri Melaka dan Johor, stabilkan politik dan ekonomi di kedua-dua negeri tersebut.

Pasti majoriti undi PH dan PN akan beralih kepada BN.

Soalan terakhir Edisi Siasat kepada Kamarul, kalau benar dengan berkerjasama PH dan PN yakin dapat menumbangkan BN dalam PRU 15, mengapa takut untuk hadapi PRU 15…😉😉😉

 

Bolehkah PH 2.0 Tumbangkan BN Dalam PRU 15?

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker