Kedah belasah Kaya Iloilo

Kedah belasah Kaya Iloilo
Pemain Kedah, Mahmoud Al Mardi (dua dari kanan) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan ketika menentang Kaya Iloilo pada saingan Piala AFC.

Kedah belasah Kaya Iloilo

KUALA LUMPUR: Kedah Darul Aman (KDA) menghidupkan peluang untuk ke pusingan seterusnya dalam saingan Piala AFC selepas membelasah Kaya Iloilo 4-1 di Stadium Kapten I Wayan Dipta, sebentar tadi.

KDA yang memerlukan kemenangan untuk mengelak tersingkir awal dari kejohanan terpaksa menunggu hampir sejam bagi mendapat gol pertama menerusi Fayadh Zulkifli yang menyempurnakan umpanan Ronald Ngah pada minit ke-57.

Jaringan itu jelas membangkitkan semangat anak buah Aidil Sharin Sahak apabila mereka berjaya menambah jaringan kedua menerusi Mahmoud Al Mardi pada minit ke-63, juga hasil umpanan Ngah.

Ngah mengukuhkan kedudukan buat KDA apabila meledak gol ketiga pada minit ke-82 sebelum Javier Gayoso berjaya mendapatkan gol pertama kelab dari Filipina itu, empat minit kemudian.





Fayadh mengesahkan kemenangan bergaya KDA apabila menyumbang gol keempat pasukannya pada masa kecederaan.

Kemenangan itu menyaksikan KDA naik ke tangga ketiga Kumpulan G, berkongsi tiga mata dengan pasukan tangga kedua, Bali United yang tewas 5-2 di tangan Visakha, petang tadi.

Disyorkan Untuk Anda :


 

Wakil Kemboja, Visakha yang memenangi semua dua perlawanan berada di kedudukan teratas dengan enam mata, sementara Kaya Iloilo pula menghuni tangga tercorot kumpulan tanpa sebarang mata.

Benzema tagih ‘magis Bernabeu’





Kedah belasah Kaya Iloilo


 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.





Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Dream Team Your Ismail Sabri

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker