Mayat budak lemas tersangkut pada pukat

Mayat budak lemas tersangkut pada pukat
Mayat kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas ketika mandi di Jeti Nelayan Bagan Ajam, Pantai Bersih ditemui tersangkut pada tali pukat nelayan pagi tadi. – Foto ihsan APM Pulau Pinang

Mayat budak lemas tersangkut pada pukat

BUTTERWORTH: Penantian lebih 15 jam mencari mangsa yang dikhuatiri lemas, Muhammad Mikhaeil Mukmin Abdullah, 11, ketika mandi di Jeti Nelayan Bagan Ajam, Pantai Bersih di sini, berakhir apabila mayatnya ditemui tersangkut pada pukat nelayan.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pulau Pinang, berkata mayat kanak-kanak lelaki itu ditemui jam 9.15 pagi tadi.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke jeti sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan pada jam 9.40 pagi,” katanya.





Dalam kejadian petang semalam, Muhammad Mikhaeil Mukmin dikatakan pergi ke pantai berkenaan untuk mandi bersama tiga lagi rakannya sebelum dilaporkan hilang dipercayai dibawa arus pada jam 5.30 petang.

Seorang pemancing yang menyedari kejadian itu cuba menyelamatkan mangsa, namun hampir lemas sebelum diselamatkan oleh orang awam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Utara, Asisten Komisioner Mohd Radzi Ahmad mengesahkan penemuan mayat kanak-kanak lelaki itu.

“Mayat dibawa Hospital Seberang Jaya untuk proses bedah siasat,” katanya.

Nelayan hilang selepas bot terbalik





Mayat budak lemas tersangkut pada pukat

 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.





Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Dream Team Your Ismail Sabri

 

 

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker