Rangkaian bar, restoran hina agama di Indonesia ditutup

Rangkaian bar, restoran hina agama di Indonesia ditutup
Pihak berkuasa tempatan menutup premis bar Holywings di jakarta, Indonesia selepas enam pekerjanya didakwa menghina agama menerusi tawaran minuman alkohol percuma. – Foto REUTERS

Rangkaian bar, restoran hina agama di Indonesia ditutup

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia melucutkan permit operasi sebuah bar dan rangkaian restoran di ibu negara itu selepas polis mendakwa enam pekerja atas tuduhan menghina agama Islam.

Tindakan itu adalah susulan daripada promosi minuman alkohol di rangkaian Holywings yang menawarkan minuman percuma untuk orang bernama Mohammad atau Maria.

Menurut pihak berkuasa, 12 cawangan bar di ibu negara itu ditutup hari ini kerana mereka tidak mempunyai lesen untuk menghidangkan alkohol.

“Pekerja itu melakukan promosi itu dalam usaha untuk memenuhi sasaran jualan,” menurut polis.





Aduan dilakukan oleh kumpulan agama dan keenam-enam mereka didakwa mengikut undang-undang menghina agama, yang boleh dihukum penjara lima tahun sehingga maksimum 10 tahun.

Sementara itu, penyelidik Indonesia di Human Rights Watch, Andreas Harsono, berkata undang-undang fitnah dan undang-undang yang mengawal aktiviti dalam talian menjadi semakin berbahaya.

Disyorkan Untuk Anda :


Bar di Indonesia dikecam kerana hina agama

“Enam individu ini baru saja membuat promosi alkohol, mungkin tidak masuk akal di negara yang majoriti Islam tetapi tiada jenayah langsung mengikut piawaian antarabangsa,” katanya.





Dalam catatan media sosial yang kemudiannya dipadamkan, bar itu menawarkan sebotol gin percuma untuk lelaki bernama Mohammad dan wanita bernama Maria setiap Khamis.

Rangkaian bar dan restoran berkenaan, Holywings Indonesia, memohon maaf atas promosi itu, yang dikatakan dibuat tanpa pengetahuan pihak pengurusan.

Indonesia memenjarakan lebih 150 orang, kebanyakannya daripada agama minoriti, sejak undang-undang menghina ​​agama diluluskan pada 1965, berdasarkan data yang dikumpulkan oleh Human Rights Watch. – REUTERS

 

Rangkaian bar, restoran hina agama di Indonesia ditutup

Polis siasat kes 21 remaja maut dipercayai minum alkohol






Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Dream Team Your Ismail Sabri





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker