Ciuman terakhir bapa buat Eidrish

Ciuman terakhir bapa buat Eidrish
Mohd Khalid menunjukka gambar tiga anaknya yang disengat tebuan. – Foto BERNAMA

Ciuman terakhir bapa buat Eidrish

KUALA NERUS: “Saya tidak tahu bila saya boleh lupa peristiwa ini. Saya masih terbayang sakitnya dia menahan gigitan tebuan yang memenuhi seluruh tubuhnya,” kata Mohd Khalid Omar, 40, bapa kepada Eidrish, kanak-kanak berusia lima tahun yang maut disengat lebih 60 ekor tebuan.

Kejadian berlaku Eidriah bermain berhampiran rumah neneknya di Kampung Tok Jembal, di sini, Ahad lalu.

Mohd Khalid berkata, keadaannya sangat menyayat hati disebabkan kesakitan yang tidak tertanggung, tiada tangisan atau jeritan meminta tolong keluar daripada mulut anaknya.

“Sukar untuk saya membayangkan bagaimana sakitnya dia ketika itu,, hanya Allah saja yang tahu,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya, hari ini.





Beliau berkata, dia tidak mampu melupakan peristiwa itu, apatah lagi isterinya, Norliza Shaparuddin, 36, sehingga kini tidak boleh menerima kehilangan anak ketiga daripada lima beradik.

Katanya, Norliza sering bersendirian, termenung dan menangis.


Disyorkan Untuk Anda :


 

Beliau berkata, seluruh ahli keluarga termasuk ibu, ipar dan mentua tidak henti menangis apabila terkenang peristiwa itu.

“Apa pun saya bersyukur dan tidak putus berdoa semoga dua lagi anak yang masih dirawat di hospital, selamat,” katanya.





Mohd Khalid berkata, dua anaknya, Nur Adelya Qaisara, 10, dan Nur Aiyris Dania, 7, dalam keadaan stabil.

Sementara itu, besan Mohd Khalid, Mohd Rosdi Iskundarally, 45, berkata ada beberapa petanda yang berlaku sebelum kanak-kanak itu meninggal dunia.

Katanya, Mohd Khalid memeluk erat dan mencium berkali-kali anaknya, sebelum kanak-kanak itu ke padang berhampiran rumah untuk bermain bersama dua kakaknya.

“Saya tengok pelukannya itu lain tidak seperti biasa, rasa sebak. Tidak sangka rupanya itu adalah pelukan dan ciuman terakhirnya untuk arwah,” katanya.

NAD ZAINAL ‘SERIK’ MEMANDU





Ciuman terakhir bapa buat Eidrish

 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.





Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


ROS Tolak Pindaan Perlembagaan UMNO?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker