Dhabitah dijangka ganti Sivasangari

Dhabitah dijangka ganti Sivasangari
Dhabitah dijangka ganti Sivasangari bawa Jalur Gemilang di Sukan Komanwel Birmingham. – Foto FB Dhabitah

Dhabitah dijangka ganti Sivasangari

IPOH: Ratu terjun negara Nur Dhabitah Sabri, antara nama disebut-sebut sebagai pembawa Jalur Gemilang di Sukan Komanwel Birmingham 2022 bagi menggantikan pemain skuasy wanita S Sivasangari yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Komanwel Birmingham 2022 Datuk Shahrul Zaman Yahya bagaimanapun berkata perkara itu akan diputuskan pada mesyuarat Lembaga Pengarah Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dalam masa terdekat sebelum tarikh akhir ditetapkan pada 15 Julai depan.

“Ada kemungkinan Nur Dhabitah yang akan menggantikan beliau (Sivasangari) namun semuanya akan diputuskan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah yang dipengerusikan Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria,” katanya.

Shahrul Zaman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Konvokesyen ke-25 Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Ipoh hari ini.





Sivasangari yang dipilih sebagai pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Komanwel bersama atlet powerlifting Bonnie Bunyau Gustin, mengalami kecederaan di kepala dalam kemalangan melibatkan sebuah lori dan kereta di Lebuhraya Express Maju pada 3.46 pagi Ahad lalu.

Atlet berusia 23 tahun itu dijangka memerlukan sekurang-kurangnya tiga bulan untuk sembuh sepenuhnya sebelum dapat kembali ke gelanggang.


Disyorkan Untuk Anda :


Mengulas lanjut, Shahrul Zaman berkata mesyuarat itu juga dijangka membincangkan berhubung semakan semula sasaran tujuh pingat emas berikutan penarikan diri jaguh perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia daripada menyertai temasya sukan itu.

“Kita perlu berdiri di bumi yang nyata apabila kehilangan prospek pingat dengan penarikan diri Lee Zii Jia.

“Namun, kita menaruh harapan kepada semua yang telah melayakkan diri ke Birmingham untuk menyumbang pingat, cuma kita tumpukan pada unjuran berapa yang kita boleh capai termasuk berdasarkan kepada pencapaian pada Sukan Komanwel empat tahun lepas,” katanya.





Sukan Komanwel Birmingham 2022 dijadual berlangsung pada 28 Julai hingga 8 Ogos. – BERNAMA

Kontinjen negara belum putuskan pengganti Sivasangari

Dhabitah dijangka ganti Sivasangari

 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392





Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


ROS Tolak Pindaan Perlembagaan UMNO?

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker