Ismail Sabri Dalam Pelarian

Ismail Sabri Dalam Pelarian

Ismail Sabri Dalam Pelarian

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaacob, tidak mempunyai majoriti sokongan yang kukuh dari ahli parlimen.

Beliau cuma mempunyai kelebihan sokongan 2 ahli parlimen dari jumlah majoriti mudah yang diperlukan, iaitu 112.

Seharusnya sebagai seorang Naib Presiden UMNO, Ismail Sabri sepatutnya menjadikan UMNO sebagai kiblat politik beliau.





Beliau tidak sepatutnya merasa curiga dengan sokongan yang UMNO berikan kepada beliau.

Sejak Langkah Sheraton, UMNO konsisten mahukan PRU 15.

Tetapi oleh kerana Ismail Sabri merayu sokongan dari UMNO, supaya beliau menjadi Perdana Menteri, UMNO bersetuju.

Tetapi tindakan Ismail Sabri yang dilapurkan secara sengaja tidak menghadiri 3 mesyuarat penting UMNO telah menimbulkan kemarahan pemimpin UMNO.

Baca di sini:





https://edisisiasat.online/2022/06/27/ismail-sabri-sengaja-tidak-hadir-mesyuarat-penting-umno/

Sama ada benar atau tidak, sejak tidak menghadiri 3 mesyuarat penting UMNO, Ismail Sabri dikatakan sering mengelak dari pemimpin UMNO.

Dalam masa yang sama, Ismail Sabri kini sedang ‘diburu’ oleh Muhyiddin dan PPBM.

Isu tuntutan PPBM supaya kementerian Zuraidah digantikan dengan ahli politik PPBM masih belum mendapat kata putus dari Ismail Sabri.

Apa yang menimbulkan kemarahan PPBM ialah sikap mengelak dan berdiam diri Ismail Sabri atas tuntutan mereka.





Baca di sini:

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/06/21/ganti-zuraida-sudah-lebih-2-minggu-tunggu-nak-jumpa-muhyiddin-ingatkan-pm/

Sepatutnya sebagai Perdana Menteri, Ismail Sabri mestilah berani dan tegas untuk menyatakan pendirian beliau mengenai isu tersebut.

BN dan PN adalah 2 parti gabungan yang menjadi tunggak kepada kedudukan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.

Ismail Sabri mesti menyelesaikan semua isu tertunggak dengan BN dan PN dengan segera.





Apakah Ismail Sabri mempunyai keberanian untuk menyelesaikannya?

Atau Ismail Sabri akan terus mencipta alasan demi alasan untuk melarikan diri?

Persoalannya sampai bila?

 

Ismail Sabri Dalam Pelarian

 





Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker