Penganalisa Politik: Tajuddin Sumber Yang Tidak Boleh Di Percayai
Penganalisa Politik: Tajuddin Sumber Yang Tidak Boleh Di Percayai
Sebelum ini, Edisi Siasat ada mengulas mengenai sidang media yang dibuat oleh ahli MKT UMNO yang digugurkan, Tajuddin Rahman.
Baca di sini:
Terkini, seorang penganalisa politik, Dr Azmi Hassan, berpendapat bahawa Tajuddin Rahman bukanlah sumber yang boleh dipercayai.
Baca di sini:
Dr Azmi juga berpendapat, ‘pendedahan’ Tajuddin tidak akan menjejaskan Presiden UMNO, Zahid Hamidi, jauh sekali parti UMNO.
Dalam carian Edisi Siasat di internet, kami menjumpai bukti kukuh yang menyokong pendapat Dr Azmi.
Baca di sini:
Dalam satu hantaran oleh pemilik akaun FB, Sharif Musa Ld yang dikongsikan oleh Akhmar Hisham Mokhles, UMNO Sabah mahu Tajuddin meminta maaf dari mereka.
Isunya ialah, dalam sidang media Tajuddin, beliau mendakwa telah membantu UMNO Sabah dalam PRN Sabah yang lepas.
Namun ianya telah dinafikan oleh akar umbi UMNO Sabah dan mendakwa tiada pertolongan yang mereka terima dari Tajuddin semasa PRN Sabah.
Akar umbi UMNO Sabah menganggap, kenyataan Tajuddin itu sebagai satu pembohongan dan fitnah.
Lalu mereka menuntut Tajuddin supaya meminta maaf kepada mereka.
Sekiranya dakwaan akar umbi UMNO Sabah itu betul, maka apa yang dilontarkan oleh Dr Azmi ternyata benar.
Namun seperkara yang menarik perhatian Edisi Siasat ialah mengapa Ismail Sabri melantik seorang yang diragui kredibilitinya sebagai duta?
Sedarkah Ismail Sabri, sekiranya Tajuddin gagal menggalas tanggungjawabnya dengan baik, ianya akan memberi kesan kepada hubungan diplomatik antara Malaysia dan Indonesia!!!
Apakah Ismail Sabri merasakan Kerajaan Indonesia tidak akan menyiasat dan mengikuti perkembangan Tajuddin, lebih-lebih lagi dengan siasatan SPRM ke atas anak-anak beliau?
Atau Ismail Sabri tidak tahu apa yang sedang berlaku di sekeliling beliau?
Penganalisa Politik: Tajuddin Sumber Yang Tidak Boleh Di Percayai
Disyorkan Untuk Anda :
- Ismail Sabri Sengaja Tidak Hadir Mesyuarat Penting UMNO?
- Bolehkah PH 2.0 Tumbangkan BN Dalam PRU 15?
- Sidang Media Tajuddin Rahman Buktikan Ismail Sabri Buat Kesilapan Besar Melantik Beliau Sebagai Duta