IJAM MAJID MUNCUL SINGLE TERBARU ‘TAK MUNGKIN KEMBALI’

HADIAH ISTIMEWA BUAT PEMINAT SETIA 

IJAM MAJID MUNCUL SINGLE TERBARU 'TAK MUNGKIN KEMBALI'

IJAM MAJID MUNCUL SINGLE TERBARU ‘TAK MUNGKIN KEMBALI’

Baru-baru ini, penyanyi Ijam Majid telah melancarkan single terbarunya berjudul ‘Tak Mungkin Kembali’ iaitu pada 10 Jun lalu. Lirik dan lagu tersebut dicipta sepenuhnya oleh komposer Mr Lycon.

Menurut Ijam, kisah di sebalik lagu ‘Tak Mungkin Kembali’ ini adalah mengenai pasangan yang bercinta dengan teman karibnya tanpa pengetahuannya. Menyedari pasangan dan teman karibnya bercinta dibelakangnya membuatkan kekasih tersebut tidak ingin kembali berhubung kepada mereka.

Lagu ‘Tak Mungkin Kembali’ juga boleh di dengar di semua digital platform antaranya Spotity, Joox, KKbox, Deezer, YouTube dan juga di iTunes.





Seperti artis lain yang berusaha keras pada masa yang sukar ini, Ijam juga terus berfikiran positif untuk terus menyanyi dan dia juga berharap agar dapat kembali membuat persembahan secara langsung di masa akan datang.

IJAM MAJID MUNCUL SINGLE TERBARU 'TAK MUNGKIN KEMBALI'

 

‘Tak Mungkin Kembali’ adalah sebuah hadiah yang istimewa buat semua peminat setia, Ijam berharap lagu barunya itu dapat memenangi hati para pendengar baru. Dalam masa sama, Ijam juga berharap jika ada penganjur yang akan memberi ruang dan peluang untuk beliau.

Untuk makluman, Ijam memulakan karier seni pada tahun 2007 sebagai sebagai seorang pelakon. Mula mencuri perhatian di dalam sebuah drama di stesen TV swasta yang bertajuk Tower13 yang disiarkan pada 2009. Selepas itu Ijam terus diberikan peluang berlakon di beberapa buah dramaTV antaranya ‘Juvana’, ‘Lara Hati’, ‘Soffiya’ dan lain-lain.






Disyorkan Untuk Anda :


Kemudian pada tahun 2013, Ijam berehat seketika dalam bidang seni kerana memberi tumpuan dalam perniagaan ayahnya. Pada 2016, Ijam kembali semula dalam dunia hiburan Malaysia tetapi dalam bidang nyanyian.

IJAM MAJID MUNCUL SINGLE TERBARU 'TAK MUNGKIN KEMBALI'

Pada 2019, Ijam Majid mengeluarkan single pertama beliau bertajuk ‘Pejuang Cinta’ yang berkonsepkan rock ciptaan sepenuhnya oleh Zaza Zack. Dan Pada tahun 2020, Ijam mengeluarkan single kedua bertajuk ‘Permainanmu’.

Lagu ini mendapat tempat di beberapa stesten radio di Indonesia dan pernah menjuarai carta radio streaming 5 minggu berturut-turut. Lagu ‘Permainanmu’ juga mendapat penghargaan sebagai lagu Pop Most Request On Air Terfavourit di Raka Music Award 2021 dan juga sering diputarkan di radio melayu melbourne Australia.

Pada 2021, Ijam mengeluarkan dua single beliau bertajuk ‘Dua Insan’ dan lagu patriotik sempena kemerdekaan Malaysia bertajuk Nagaku Wara Wara Nia’ dan lagu ‘Dua Insan’mendapat putaran serentak di seluruh radio-radio indonesia.





IJAM MAJID MUNCUL SINGLE TERBARU 'TAK MUNGKIN KEMBALI'

Bukan Kali Pertama Along (Naib Ketua Puteri UMNO) Menghasut

IJAM MAJID MUNCUL SINGLE TERBARU ‘TAK MUNGKIN KEMBALI’


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Kalau Benar Tok Pa Tidak Selewang Dana UMNO, Sila Saman Zahid

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker