Kalau Benar Tok Pa Tidak Selewang Dana UMNO, Sila Saman Zahid

Kalau Benar Tok Pa Tidak Selewang Dana UMNO, Sila Saman Zahid

Kalau Benar Tok Pa Tidak Selewang Dana UMNO, Sila Saman Zahid

Ahli Parlimen Jeli, Mustapa Mohamed (Tok Pa) menafikan beliau menyeleweng peruntukan UMNO Kelantan sebelum PRU-14 lalu.

Beliau merujuk kepada kenyataan DS Zahid yang membuat kenyataan dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi.

DS Zahid memberitahu mahkamah, Tok Pa Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan ketika itu, menyeleweng peruntukan kepada UMNO Kelantan sebelum PRU-14.





“Saya menafikan kenyataan DS Zahid itu, malah penyertaan saya dalam PPBM bukan untuk mengelak siasatan oleh pihak berkuasa,” jelas Tok Pa.

“Saya tidak pernah menerima tekanan daripada mana-mana pihak untuk menyertai PPBM”.

“Dan tidak pernah menyeleweng dana Badan Perhubungan UMNO Kelantan bagi PRU-14,” tambah Tok Pa.

Selain dari Tok Pa, 2 orang lagi iaitu ahli parlimen Bagan Serai dan Masjid Tanah juga disebut oleh DS Zahid dalam keterangan bersumpah beliau di mahkamah.

Baca di sini:





https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/06/856418/3-ahli-parlimen-umno-lompat-parti-mahu-selamatkan-diri

Sama ada Tok Pa atau 2 ahli parlimen yang disebutkan oleh DS Zahid tidak perlu kelam kabut buat penafian melalui media.

Kenyataan DS Zahid adalah kenyataan bersumpah di mahkamah.

Sekiranya Tok Pa dan 2 ahli parlimen tersebut merasakan kenyataan DS Zahid itu tidak benar, buat lapuran polis dan failkan saman.

Kalau berada di pihak yang benar, tidak ada apa yang hendak ditakutkan.





Apabila kes saman berjalan di mahkamah, maka segala-galanya akan dapat dibongkarkan.

Penafian melalui media hanya akan membuatkan rakyat tersenyum sinis dan tidak mampu menafikan apa-apa.

Jadi teruskan tindakan saman fitnah di mahkamah, kalau beranilah…😉😉😉

 

Kalau Benar Tok Pa Tidak Selewang Dana UMNO, Sila Saman Zahid

 





Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker