Atlet olahraga mampu lakar kejutan di Birmingham

Atlet olahraga mampu lakar kejutan di Birmingham
KUALA LUMPUR: Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Komanwel 2022, Datuk Shahrul Zaman Yahya optimis pasukan olahraga mampu melakar kejutan di Sukan Komanwel Birmingham 2022 nanti.
Pasukan olahraga yang disertai tujuh atlet tidak diletakkan sebarang pingat namun bagi Shahrul mampu melakar sesuatu termasuklah memperbaharui catatan peribadi masing-masing.
“Persiapan pasukan olahraga berjalan dengan baik,” kata Shahrul kepada media selepas melawat latihan pasukan olahraga di Majlis Sukan Negara (MSN), hari ini.
“Kita juga turut memantau empat daripada tujuh atlet yang berpangkalan di luar negara.
“Melihat kepada situasi sekarang ini, atlet kita bersaing dengan negara kuasa besar dalam sukan olahraga sekali gus perlu berpijak pada bumi yang nyata jika menyebut mengenai sasaran.
“Apa yang harus dilakukan adalah mereka perlu buat yang terbaik supaya dapat capai keputusan positif iaitu sekurang-kurangnya perbaiki catatan peribadi.”
Disyorkan Untuk Anda :
- Pendakwaraya Dakwa Sebenarnya Najib Tahu Dari Awal Nazlan Ada Kaitan Dengan Maybank
- MIC Tidak Perlu Mencampuri Urusan UMNO
- ROS Tolak Pindaan Perlembagaan UMNO?
Tujuh atlet yang membawa cabaran negara di Sukan Komanwel kali ini adalah atlet lompat tinggi, Nauraj Singh; Andre Anura Anuar (lompat kijang); Irfan Shamsuddin (lempar cakera); Grace Wong (tukul besi); Russel Alexander Nasir Taib (200 meter); Shereen Samson Vallabouy (400 meter) dan Jackie Wong (tukul besi).
Nauraj, Andre, Irfan dan Grace diletakkan dalam sasaran untuk melangkah ke pusingan akhir berdasarkan kepada prestasi terkini mereka.
Atlet olahraga mampu lakar kejutan di Birmingham
Disyorkan Untuk Anda :
- Kalau Benar Tok Pa Tidak Selewang Dana UMNO, Sila Saman Zahid
- Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Hanya Akan Mengulangi Kegagalan MPN
- Apa Tujuan Sebenar Ismail Sabri Tubuhkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi?
Lawati Laman :
Cabaran Pertama Annuar Musa Sebagai Timbalan Perdana Menteri Merangkap Timbalan Presiden UMNO