AZRI ISKANDAR KATA AZRA JUGA ADA DATUK SERI, BUKAN HANYA PHD SAJA

"MERENDAH DIRI, DENGAN SAYA PUN DIA TAK BERITAHU..."

AZRI ISKANDAR KATA AZRA JUGA ADA DATUK SERI, BUKAN HANYA PHD SAJA

AZRI ISKANDAR KATA AZRA JUGA ADA DATUK SERI, BUKAN HANYA PHD SAJA

“Nama dia Datuk Seri Dr Azra Diera. Saya pada awal tak tahu pun tapi Azra secara tak sengaja mengirim mesej perbualan daripada makciknya kepada saya. Dia pada ketika tu ingin menunjukkan mesej bahawa makciknya menasihatkan dia supaya tampil ke depan bagi membersihkan imejnya kerana terlalu banyak cerita tak enak berkaitan dirinya.

“Selepas diselidik, rupa-rupanya dia memiliki pangkat Datuk Seri itu kerana banyak melakukan tugas-tugas kebajikan pada masyarakat. Azra seorang yang merendah diri, dengan saya sendiri pun dia tak mahu beritahu mengenai gelaran tu. Dia cakap jika pergi ke pejabatnya nanti pekerja-pekerja akan menggelarnya Datuk hanya untuk urusan perniagaan.

“Tapi saya pun fikir, takkanlah dia nak tipu pekerja-pekerjanya dan bila berada di pejabatnya, saya nampak pingat itu ada diletakkan atas meja,” ujar pelakon Azri Iskandar yang berkata bakal isteriya, Dr Azra Diera bukan sahaja memiliki kelulusan akademik doktor falsafah (PHD) malah turut bergelar Datuk Seri.





Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai bekas suami kepada pelakon dan pengarah Ellie Suriaty itu yang mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga dengan dengan penulis skrip bernama Dr Azra Diera.

Menurut Azri lagi, atas nasihat kedua bakal ibu bapa mentuanya meminta agar wajah dan identiti Azra didedahkan sebaik sahaja mereka sah bergelar suami isteri. Dalam pada itu, Azri memaklumkan dia sudah pun bertemu dengan ibu bapa Azra di Perlis pada 24 Jun lalu dan sudah pun mendapat restu daripada mereka.


Disyorkan Untuk Anda :


“Alhamdulillah, tiada masalah walaupun timbul pelbagai kontroversi. Kedua ibu dan bapa Azra dah bagi green light pada saya. Cuma saya belum boleh memberi tarikh rasmi kerana makcik saya yang akan meminangkan dia untuk saya sedang sakit. Tunggu bila makcik saya kembali sihat Insya-Allah, segala urusan akan dilangsungkan, doakan urusan kami dipermudahkan,” katanya.

Terdahulu, Ellie Suriaty mencabar kekasih bekas suaminya, Dr Azra munculkan diri selepas meragui tentang kewujudan wanita itu. Namun begitu, Azra yang berusia 42 tahun itu tampil menafikan dakwaan bahawa dia adalah seorang scammer seperti diperkatakan netizen. Jelas Azra lagi, dia bukanlah seorang scammer kerana jika benar dia scammer sudah tentu dia tidak akan membantu Azri.

ANAK AZRI ISKANDAR MINTA DR AZRA FIKIR SEMULA






Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Cabaran Pertama Annuar Musa Sebagai Timbalan Perdana Menteri Merangkap Timbalan Presiden UMNO

 





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker