BEKAS PA DAKWA VIDEO ‘SYIRIK’ MAK WAN LATAH BUKAN LAKONAN

"SAYA AKAN KELUARKAN LEBIH BANYAK BUKTI..." - 

BEKAS PA DAKWA VIDEO 'SYIRIK' MAK WAN LATAH BUKAN LAKONAN

BEKAS PA DAKWA VIDEO ‘SYIRIK’ MAK WAN LATAH BUKAN LAKONAN

“Tak mungkin saya nak suruh dia berlakon seperti itu… Saya akan keluarkan lebih banyak bukti bagi membantu siasatan polis. Selama ini saya simpan kerana mahu menjaga nama baiknya sebagai pelakon,” itulah kata bekas pembantu peribadi Mak Wan Latah iaitu Amell yang menyangkal dakwaan video yang dimuat naik di laman sosial TikTok mendedahkan sikap pelakon itu dirakamnya sendiri.

Amell berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mak Wan atau nama sebenarnya Halimaton Saadiah Mohd Daud yang menafikan tuduhan melakukan perkara syirik dan ia adalah rakaman lama ketika dia sedang berlatih untuk sebuah drama berjudul ‘Pelaris’. Mak Wan mendakwa rakaman video itu dirakam sendiri oleh wanita itu sendiri dan bukannya dibuat secara curi-curi.

Bagaimanapun, Amell tampil menjelaskan, tidak mungkin dia meminta pelakon itu berlakon sedemikian sebaliknya video-video tersebut adalah rakaman daripada pihak lain yang diserahkan kepadanya.





Sementara itu, Amell berkata, dia menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut kes berkenaan memandangkan aktres itu juga sudah membuat laporan polis terhadapnya.

 

“Rasanya lebih baik saya ambil pendekatan untuk berdiam diri terlebih dahulu dan biarkan pihak polis menjalankan siasatan. Orang ramai boleh menilai sendiri menerusi video-video yang saya kongsikan sebelum ini. Saya hanya doakan yang terbaik buat kedua-dua belah pihak,” tuturnya.


Disyorkan Untuk Anda :


 

Menerusi kenyataan sebelum ini, Amell memaklumkan dia sudah membuat laporan polis berhubung dakwaan fitnah Mak Wan terhadap dirinya selain tuduhan mengambil barang kemas.





Amell turut menambah dua laporan lain yang mendakwa pelakon usia 61 itu menggunakan namanya bagi tujuan meminjam duit dari orang lain selain membuat laporan palsu. Susulan itu, Mak Wan turut membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan terhadapnya selain menuduh Amell sebagai mempunyai masalah mental.

MAK WAN LATAH SEMPAT TUNAI UMRAH

BEKAS PA DAKWA VIDEO ‘SYIRIK’ MAK WAN LATAH BUKAN LAKONAN

 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :






Cabaran Pertama Annuar Musa Sebagai Timbalan Perdana Menteri Merangkap Timbalan Presiden UMNO

 

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker