Suami isteri maut nahas

Suami isteri maut nahas

Suami isteri maut nahas
Suami isteri maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan dekat Jalan Jelai-Rokan menghala ke Pasir Besar, Gemas, dekat Tampin, pagi tadi. NSTP/Ihsan pembaca

 

TAMPIN: Suami isteri maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan dekat Jalan Jelai-Rokan menghala ke Pasir Besar, Gemas, dekat sini, pagi tadi.

Dalam nahas kira-kira jam 11.50 pagi itu, pemandu sebuah lagi kenderaan, seorang wanita, parah.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Sembilan berkata, kemalangan membabitkan kereta Proton Waja dan kenderaan pelbagai guna Nissan Grand Livina.





“Terdapat tiga mangsa yang terbabit, dua mangsa iaitu seorang wanita dan seorang lelaki iaitu pemandu serta penumpang Proton Waja berumur 60-an disahkan meninggal dunia oleh pihak pasukan perubatan.

“Seorang lagi mangsa wanita iaitu pemandu Nissan Grand Livina berumur 50-an, parah dan dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Trafik menghala ke ibu kota sesak teruk





Suami isteri maut nahas

 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Cabaran Pertama Annuar Musa Sebagai Timbalan Perdana Menteri Merangkap Timbalan Presiden UMNO





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker