19 ditahan merusuh berebut wanita

19 ditahan merusuh berebut wanita

19 ditahan merusuh berebut wanita

PETALING JAYA: Polis menahan 19 individu termasuk empat wanita selepas disyaki terbabit pergaduhan dipercayai berpunca perebutan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di Ara Damansara, di sini, pagi semalam

Semua suspek berusia antara 15 hingga 27 tahun ditahan selepas sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Petaling Jaya, mengepung lokasi di mana mereka berkumpul di kawasan parkir kereta di sebuah pusat pasar raya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata terdahulu berlaku insiden pergaduhan membabitkan suspek sama di kawasan Sunway Mentari kira-kira jam 1 pagi, sebelum satu laporan polis di buat.





“Akibat tidak puas hati, semua suspek sekali lagi dikesan terbabit pergaduhan di kawasan parkir kereta di Ara Damansara.

“Akibat pergaduhan itu, seorang lelaki mengalami kecederaan selepas disyaki dipukul menggunakan sebatang kayu besbol,” katanya ketika dihubungi BH hari ini.

Beliau berkata, semakan rekod jenayah ke atas semua suspek mendapati dua daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau.

“Semua suspek kini direman empat hari bermula hari ini dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan rusuhan.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan Mohd Fakhrudin berkata, tiga lelaki ditahan awal pagi tadi selepas dikesan terbabit pergaduhan bermotifkan dendam lama di Sungai Way, di sini.





Katanya, mangsa ditemui dengan kecederaan pada bahagian belakang badannya akibat kesan tetakan oleh suspek.

“Susulan maklumat diperoleh, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya memberkas seorang lelaki berusia 37 tahun di Sungai Way dan dua lagi suspek berusia 21 dan 36 tahun di perkarangan sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut,” katanya.

Semua suspek ditahan reman empat hari dan kini disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

7 ditahan terbabit pergaduhan di kedai makan





19 ditahan merusuh berebut wanita





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker