LUFYA  – INSIDEN DISERANG  ADA HIKMAH SENDIRI

HUBUNGAN BEKAS SUAMI & ANAK KEMBALI BERTAUT

LUFYA  - INSIDEN DISERANG  ADA HIKMAH SENDIRI

LUFYA  – INSIDEN DISERANG  ADA HIKMAH SENDIRI

“Bagi saya ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Hubungan bekas suami dengan anak pun dah semakin rapat. Sebelum ini, dia jarang datang berjumpa anak. Semalam dia ada juga datang meluangkan masa bersama Haura. Bila tengok anak merengek-rengek tidak mahu bagi bapanya balik, dia pun faham yang anak perlukan dia.

“Masa anak cakap ‘daddy tak ingat Haura, daddy tak sayang Haura, daddy sayang Haura masih kecil saja’, terus dia menangis,” kata pelakon Lufya Omar yang akui insiden diserang oleh seorang lelaki tidak dikenali yang ingin cuba menculik anak perempuannya iaitu Laana Haura pada petang Ahad lalu meninggalkan kesan trauma pada dirinya, namun tetap merasai hikmahnya.

Lufya atau Lufya Sheikh Omar, 37, berkata, disebabkan kejadian itu hubungan dengan bekas suami iaitu Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum kembali jernih sejak bercerai dua tahun lalu. Paling penting katanya, hubungan Dr Che Hafiz dengan anak mereka juga semakin rapat memandangkan jarang bertemu sebelum ini.





Dalam insiden mencemaskan itu, Lufya telah dipukul dengan sebatang kayu sehingga menyebabkan kecederaan pada wajah dan badannya. Susulan itu, Lufya sudah pun membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

Berkongsi tentang keadaannya, Lufya berkata, meskipun masih berasa trauma dia tetap menguatkan semangat untuk meneruskan aktiviti harian termasuk kembali bekerja untuk melupakan insiden itu.

LUFYA  - INSIDEN DISERANG  ADA HIKMAH SENDIRI

Bagaimanapun, dia tidak menyangka terkena serangan panik dan hampir pitam ketika menghadiri acara pembukaan kedai barangan bayi di Johor Bahru, baru-baru ini dan merasakan perlu lebih waktu untuk pulih daripada kejadian itu.


Disyorkan Untuk Anda :


“Masa dalam tempoh nak pulih, saya ada menghadiri sebuah acara pembukaan Chicco di Johor Bahru dan waktu itu saya mengalami serangan panik secara tiba-tiba. Saya rasa nak muntah, badan berpeluh-peluh dan rasa nak pitam. Tapi saya terpaksa tahan sebab melibatkan kerja kerana tidak mahu timbulkan masalah lain. Sebab itu, saya gagahkan diri.





“Ingatkan tiada sebarang masalah, tapi rupa-rupanya diri saya belum pulih sepenuhnya daripada kejadian itu. Mungkin akan ambil masa untuk saya pulih dari segi mental. Saya baru sedar, saya macam ada rasa trauma dan panik apabila jumpa orang ramai,” ujarnya.

Untuk makluman, Lufya mendirikan rumah tangga dengan Dr Che Hafiz pada 26 November 2016 dan dikurniakan anak perempuan, Laana Haura yang kini berusia lima tahun. Bagaimanapun pasangan itu bercerai pada 17 Jun 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam, Selangor.

LAPORAN LUFYA : POLIS SAHKAN SUDAH TERIMA 

LUFYA  – INSIDEN DISERANG  ADA HIKMAH SENDIRI






Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Cabaran Pertama Annuar Musa Sebagai Timbalan Perdana Menteri Merangkap Timbalan Presiden UMNO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker