Mangsa maut akibat tanah runtuh di India meningkat kepada 25

Mangsa maut akibat tanah runtuh di India meningkat kepada 25
GUWAHATI: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang dipercayai terselamat dan masih tertimbus di bawah tanah runtuh di timur laut India memasuki hari ketiga hari ini dengan 25 mayat dikeluarkan, manakala hampir 40 orang lagi masih hilang.
Pasukan keselamatan dan bantuan bencana bertungkus lumus mencari mangsa yang terselamat dan terperangkap di bawah sisa runtuhan di kem pembinaan kereta api dekat negeri Manipur.
Kebanyakan mangsa adalah askar simpanan dari Askar Wataniah yang terbabit dalam projek kereta api.
Menurut satu kenyataan tentera, setakat ini seramai 18 orang mangsa yang tertimbus berjaya diselamatkan dengan operasi SAR dihentikan semalaman, manakala 12 anggota simpanan dan 26 orang awam masih hilang.
Ketua Menteri Manipur, N Biren Singh, berkata keadaan di lokasi tanah runtuh ‘masih serius’ dengan hujan dan cuaca buruk menghalang usaha SAR dipertingkatkan.
Kawasan terpencil di timur laut India itu dilanda hujan lebat sejak beberapa minggu kebelakangan ini, sehingga mengakibatkan tanah runtuh dan banjir.
Disyorkan Untuk Anda :
- Pendakwaraya Dakwa Sebenarnya Najib Tahu Dari Awal Nazlan Ada Kaitan Dengan Maybank
- MIC Tidak Perlu Mencampuri Urusan UMNO
- ROS Tolak Pindaan Perlembagaan UMNO?
Berpuluh-puluh penduduk terbunuh di wilayah itu selepas banjir bulan lalu, dengan hujan tanpa henti menyebabkan tanah runtuh dan menenggelamkan kawasan kediaman.
Awal tahun ini, sekurang-kurangnya 10 mangsa termasuk seorang kanak-kanak berusia empat tahun terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh selepas hujan lebat luar biasa melanda beberapa bahagian di India.
Kumpulan pakar berkata, perubahan iklim menyebabkan kesan cuaca melampau meningkat di seluruh dunia.
Projek membendung banjir, penebangan hutan dan pembangunan di India memburukkan lagi keadaan, sekali gus menyebabkan pertambahan jumlah mangsa yang terkorban. – AFP
Mangsa maut akibat tanah runtuh di India meningkat kepada 25
Disyorkan Untuk Anda :
- Kalau Benar Tok Pa Tidak Selewang Dana UMNO, Sila Saman Zahid
- Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Hanya Akan Mengulangi Kegagalan MPN
- Apa Tujuan Sebenar Ismail Sabri Tubuhkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi?
Lawati Laman :
Cabaran Pertama Annuar Musa Sebagai Timbalan Perdana Menteri Merangkap Timbalan Presiden UMNO