Melaka bangkit ikat JDT

Melaka bangkit ikat JDT
MELAKA: Melaka United (MU) mencipta sentuhan menarik untuk mengikat Johor Darul Ta’zim (JDT) 1-1 pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput sebentar tadi.
Pelawat lebih awal melakukan tekanan ke kubu tuan rumah namun sepakan percuma Leandro Velazquezpada minit keempat tersasar.
Berusaha mengimbangi permainan, skuad Hijau Putih turut melakukan percubaan menerusi Khairul Anwar Shahrudin pada minit ke-11 dan Sony Norde pada minit ke-22 namun tidak berhasil.
JDT yang hadir dengan reputasi gah jelas menguasai bahagian tengah dan mencipta beberapa percubaan bahaya antaranya menerusi tandukan penyerang kebangsaan, Arif Aiman (m-19) dan rembatan Muhammmad Nazmi Faiz Mansor pada minit ke-22.
Apapun, buruan jaringan Harimau Selatan akhirnya terhasil menerusi rembatan menarik Leandro Velazquez pada minit ke-27 selepas menerima hantaran Safawi Rashid.
Beraksi di laman sendiri tetap melonjakkan semangat pemain tuan rumah untuk memastikan mereka sentiasa beraksi habis-habisan untuk menyaingi barisan pelawat.
Hasilnya, Melaka berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-39 menerusi jaringan Justin Baas sekali gus mengejutkan JDT.
Gol terbabit berpunca daripada sepakan sudut Sony yang melakukan hantaran pendek kepada Adriano sekali gus membolehkan Sony melakukan hantaran silang kepada Baas untuk menolak masuk gol penyamaan terbabit.
Melaka bangkit ikat JDT
Disyorkan Untuk Anda :
- Kalau Benar Tok Pa Tidak Selewang Dana UMNO, Sila Saman Zahid
- Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Hanya Akan Mengulangi Kegagalan MPN
- Apa Tujuan Sebenar Ismail Sabri Tubuhkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi?
Lawati Laman :
Cabaran Pertama Annuar Musa Sebagai Timbalan Perdana Menteri Merangkap Timbalan Presiden UMNO