Momota, Axelsen buat perhitungan di final

Momota, Axelsen buat perhitungan di final
KUALA LUMPUR: Selepas tujuh bulan, bintang sensasi Jepun, Kento Momota kembali menjejakkan kaki di pentas final selepas mengatasi pemain Thailand, Kunlavut Vitidsarn dalam aksi separuh akhir Terbuka Malaysia, hari ini.
Momota yang juga juara dunia dua kali memastikan tiket final menjadi miliknya selepas merakamkan kemenangan 21-11, 21-12 ke atas Vitidsarn dalam tempoh 42 minit.
Sebagai rekod, ia adalah kali pertama Momota yang sebelum ini bergelut dengan prestasi tidak menentu berjaya mara ke final sejak kali terakhir ketika menjuarai Masters Indonesia pada November tahun lalu.
“Selepas mengharungi pelbagai cabaran, sudah pasti saya gembira apabila dapat berjaya ke final. Namun, secara jujurnya saya tidak mempunyai keyakinan bermain dalam kejohanan ini kerana apa yang lakukan adalah cuba beri yang terbaik dalam setiap perlawanan.
“Untuk aksi final esok, saya akan cuba sekali lagi berikan yang terbaik untuk peminat saya yang ada di sini,” kata Momota yang pencapaian terbaiknya di Terbuka Malaysia adalah muncul naib juara pada edisi 2018 selepas tewas kepada Datuk Lee Chong Wei dalam aksi final.
Kali terakhir Momota berada di Kuala Lumpur pada Januari 2020, dia dilabel sebagai pemain yang sukar untuk ditewaskan dan berjaya menumbangkan pemain nombor satu dunia ketika ini, Viktor Axelsen dari Denmark bagi merangkul gelaran Masters Malaysia.
Disyorkan Untuk Anda :
- Pendakwaraya Dakwa Sebenarnya Najib Tahu Dari Awal Nazlan Ada Kaitan Dengan Maybank
- MIC Tidak Perlu Mencampuri Urusan UMNO
- ROS Tolak Pindaan Perlembagaan UMNO?
Bagaimanapun, beberapa jam selepas kejayaan itu, dia mengalami kecederaan serius selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Maju Expressway (MEX) dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sehingga mengakibatkan pemandu van yang membawanya meninggal dunia di tempat kejadian.
Sejak insiden berkenaan, Momota bergelut untuk kembali berada pada tahap prestasi terbaiknya dan kemuncaknya apabila dia yang diletakkan sandaran memenangi pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 terkandas di pusingan awal.
Aksi final esok bakal menemukan semula Momota dengan Axelsen yang turut mara selepas membenam cabaran pemain Indonesia, Jonatan Christie 21-15, 20-22, 21-11 dalam satu lagi aksi separuh akhir.
Kelibat Axelsen yang juga juara Olimpik Tokyo di pentas final bakal menyaksikan dia memburu gelaran pertama Terbuka Malaysia selain menamatkan penguasaan pemain Asia menjuarai kejohanan itu sejak kali terakhir pemain Eropah memenanginya menerusi Peter Gade dari Denmark pada edisi 2007.
Momota, Axelsen buat perhitungan di final
Disyorkan Untuk Anda :
- Kalau Benar Tok Pa Tidak Selewang Dana UMNO, Sila Saman Zahid
- Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Hanya Akan Mengulangi Kegagalan MPN
- Apa Tujuan Sebenar Ismail Sabri Tubuhkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi?
Lawati Laman :
Cabaran Pertama Annuar Musa Sebagai Timbalan Perdana Menteri Merangkap Timbalan Presiden UMNO