Pemandu maut kereta bertembung

Pemandu maut kereta bertembung
Pemandu kereta maut selepas bertembung dengan Honda Accord yang hilang kawalan di Kilometer 9 Jalan Nitar – Mersing, 9.40 malam tadi. – Foto POLIS

Pemandu maut kereta bertembung

MERSING: Pemandu PROTON Saga maut selepas bertembung dengan Honda Accord yang hilang kawalan di Jalan Nitar – Mersing, di sini 9.40 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing, berkata mangsa Mohd Elvy Mohd Taib, 39, disahkan maut ketika mendapatkan rawatan di Hospital Mersing.

Katanya, mangsa dalam perjalanan dari Mersing ke Nitar.

“Honda Accord yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 42 tahun bersama dua penumpang dari arah Kluang menuju ke arah Mersing.





“Semasa tiba di tempat di suatu jalan jenis lurus dan berbukit dalam keadaan jalan yang gelap, dipercayai pemandu Honda Accord, hilang kawalan dan memasuki ke laluan bertentangan.

“Kenderaan itu berlanggar dengan PROTON Saga yang dipandu mangsa dan menyebabkannya cedera parah,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, pemandu dan penumpang Honda Accord juga cedera dan masih menerima rawatan di Hospital Mersing.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai dan menyebabkan berlakunya kemalangan maut.

Ketua PPBM Bahagian Mersing Dan ADUN Johor Lama Serta Penyokong Umum Sertai UMNO





Pemandu maut kereta bertembung


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Cabaran Pertama Annuar Musa Sebagai Timbalan Perdana Menteri Merangkap Timbalan Presiden UMNO

 





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker