Seluruh India dilanda hujan monsun

Seluruh India dilanda hujan monsun
Pengguna jalan raya terpaksa meredah banjir akibat hujan monsun yang melanda lebih awal di New Delhi, India. – Foto EPA

Seluruh India dilanda hujan monsun

NEW DELHI: Monsun tahunan melanda seluruh India hari ini, enam hari lebih awal daripada biasa, namun kadar hujan adalah lima peratus lebih rendah pada musim kali ini, kata pejabat cuaca kerajaan.

Musim tengkujuh adalah kritikal bagi pengeluaran hasil tani dan pertumbuhan ekonomi di negara yang mempunyai jumlah penduduk kedua tertinggi di dunia itu.

Monsun tiba di pantai negeri Kerala di selatan pada 29 Mei, beberapa hari lebih awal daripada biasa, namun selepas permulaan yang memberangsangkan, hujan mula berkurangan secara beransur-ansur dengan mencatatkan defisit lapan peratus pada Jun.

Hujan lebat pada bulan lalu memperlahankan proses penanaman padi, antara tanaman musim panas yang penting.





Petani padi India menanam 4.3 juta hektar bijirin pada musim kali ini, iaitu mencatatkan penurunan sebanyak 27 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

Perkembangan monsun yang meliputi kira-kira 70 peratus daripada hujan tahunan negara penting untuk pengeluaran beras dan eksport India, yang juga pengeksport bijirin terbesar di dunia.


Disyorkan Untuk Anda :


Hujan monsun yang kurang berbanding kebiasaan, akan melambatkan lagi penanaman padi, membantutkan tanaman dan mengurangkan hasil.

Ia sekali gus membawa kepada pengurangan dalam inventori negeri yang akan mencetuskan sekatan eksport dalam usaha memastikan bekalan mencukupi untuk 1.4 bilion penduduk negara itu.

India berkemungkinan menerima hujan monsun di antara 94 peratus dan 106 peratus daripada purata jangka panjang pada Julai.





Ia bulan terpenting untuk menanam padi dan pelbagai tanaman musim panas lain seperti jagung, kapas, kacang soya dan tebu, kata Jabatan Meteorologi India semalam.

Pejabat cuaca menakrifkan purata atau jumlah hujan biasa antara 96 peratus dan 104 peratus daripada purata 50 tahun untuk keseluruhan musim, bagi tempoh empat bulan bermula pada Jun.

Jumlah hujan antara 90 peratus dan 96 peratus dianggap berada di bawah paras purata.


Disyorkan Untuk Anda :


Hujan monsun yang lebat pada Julai akan meredakan kebimbangan mengenai pengeluaran tanaman musim panas, selain menjanjikan pendapatan yang lebih tinggi di kawasan luar bandar iaitu kawasan paling ramai penduduk.

Memandangkan hampir separuh daripada tanah ladang negara itu berdepan isu kekurangan sumber pengairan, petani India terpaksa bergantung kepada hujan monsun.





Sektor ladang mendominasi kadar pendapatan penduduk di India dengan lebih separuh daripada penduduk bekerja dalam sektor berkenaan.

Pertanian turut menyumbang hampir 15 peratus daripada keseluruhan ekonomi India bernilai AS$2.7 trilion (RM12 trilion), iaitu ketiga terbesar di Asia. – REUTERS

1,474 cerun dijangka terjejas akibat Monsun Timur Laut

Seluruh India dilanda hujan monsun


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :






Cabaran Pertama Annuar Musa Sebagai Timbalan Perdana Menteri Merangkap Timbalan Presiden UMNO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker