436 wanita antara 1,364 suspek ditahan terbabit keldai akaun

436 wanita antara 1,364 suspek ditahan terbabit keldai akaun

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed. – NSTP/ FAIZ ANUAR436 wanita antara 1,364 suspek ditahan terbabit keldai akaun

KUALA SELANGOR: Polis menahan 1,364 suspek dengan 436 daripadanya adalah wanita selepas dikesan terbabit dalam kegiatan sindiket keldai akaun di Selangor sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, suspek yang ditahan sebahagiannya berusia lingkungan 20 hingga 40-an, dengan 60 peratus daripada yang ditahan dibawa ke mahkamah untuk pertuduhan atas pelbagai kesalahan kerana membenarkan akaun bank digunakan untuk aktiviti jenayah.

“Sebahagian besar mangsa (penipuan keldai akaun) terdiri daripada suri rumah yang mudah terpengaruh dan menjadi mangsa penipuan.





“Mereka mungkin terpengaruh dengan tawaran diberikan, antaranya diberikan imbuhan antara RM100 hingga RM600 setiap kali penjenayah meminta menggunakan akaun mereka bagi tujuan penipuan kewangan,” katanya.

Arjunaidi berkata, berdasarkan modus operandi, sindiket mencari mangsa khususnya melalui laman sosial dan sebahagian besar kes, mangsa didapati tidak mengenali penjenayah.


Disyorkan Untuk Anda :


Malah, katanya ada dalam kalangan mangsa memberi nombor akaun bank kepada penjenayah untuk disewa, selain ada yang memberikan kad ATM (mesin juruwang automatik) kepada sindiket pinjaman wang tidak berlesen atau Ah Long.

“Ramai juga individu yang pernah terbabit dalam kegiatan keldai akaun ini pernah menjadi mangsa sebelum ini dan kini, melakukan jenayah sama untuk memerangkap mangsa lain.

“Untuk itu, saya nasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan tidak mendedahkan akaun bank bagi tujuan sewa akaun bank dan sebagainya.





“Jangan berhubung dengan individu tidak dikenali yang menjanjikan tawaran manis yang hanya memerangkap,” katanya.

Arjunaidi berkata, semua suspek yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 420 dan 424 Kanun Keseksaan.

Kes kemalangan Op Selamat 17 Selangor rekod penurunan

436 wanita antara 1,364 suspek ditahan terbabit keldai akaun

 






Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Siapa Calon TPM Dari PPBM Yang Di Cadangkan Oleh Muhyiddin

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker