Peluru sebabkan kematian wartawan Al Jazeera dihantar ke AS

Peluru sebabkan kematian wartawan Al Jazeera dihantar ke AS
RAMALLAH: Peguam Negara Palestin, Akram Al-Khatib, semalam mendedahkan peluru yang menyebabkan kematian wartawan veteran Palestin-Amerika Syarikat (AS), Shireen Abu Akleh, diserahkan kepada AS, lapor Xinhua.
Peluru itu tidak akan diserahkan kepada pihak berkuasa Israel, sebaliknya diserahkan kepada AS untuk diperiksa, kata Al-Khatib kepada Agensi Berita Palestin WAFA.
Palestin mendakwa hasil siasatan pada Mei mendapati Abu Akleh ditembak dengan ‘sengaja’ oleh penembak tepat, namun dinafikan Israel yang menyifatkannya sebagai ‘pembohongan secara terang-terangan’.
Israel meminta Palestin menyerahkan peluru itu untuk siasatan bersama, tetapi permintaan itu ditolak.
“Kami bersetuju membenarkan pasukan pakar khas AS menjalankan pemeriksaan teknikal ke atas peluru itu dan bukti sudah diserahkan kepada pasukan yang baru tiba di negara ini.
“Pemeriksaan itu akan dijalankan di kedutaan AS di Baitulmaqdis, kata Al-Khatib.
Disyorkan Untuk Anda :
- Kalau Benar Tok Pa Tidak Selewang Dana UMNO, Sila Saman Zahid
- Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Hanya Akan Mengulangi Kegagalan MPN
- Apa Tujuan Sebenar Ismail Sabri Tubuhkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi?
Abu Akleh, 51, wartawan Al Jazeera kelahiran Baitulmaqdis, terbunuh akibat terkena peluru hidup di kepala pada 11 Mei ketika bertugas melaporkan pencerobohan tentera Israel di kem pelarian Jenin di utara Tebing Barat.
Tragedi itu menerima kecaman hebat antarabangsa.
Pada bulan lalu, Menteri Luar Palestin, Riyad al-Maliki, bertemu Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa, Karim Khan di The Hague untuk menyerahkan hasil siasatan mengenai kematian Abu Akleh. – BERNAMA
Peluru sebabkan kematian wartawan Al Jazeera dihantar ke AS
Disyorkan Untuk Anda :
- Cabaran Pertama Annuar Musa Sebagai Timbalan Perdana Menteri Merangkap Timbalan Presiden UMNO
- Jangan Gadaikan Maruah Perjuangan UMNO Hanya Untuk Jawatan Perdana Menteri
- Muhyiddin Akui Derhaka Kepada Titah Agong