SHUIB MINTA DIBERIKAN RUANG

JANGAN TERLALU MENEKAN CUBA NAK JODOHKANNYA

SHUIB MINTA DIBERIKAN RUANG 

SHUIB MINTA DIBERIKAN RUANG 

“Tak rimas tapi kalau boleh berilah sedikit ruang untuk saya menjalani kehidupan dengan tenang, sebab ini bukanlah satu perkara yang mudah 10 bulan Sarah dah tinggalkan saya dan anak-anak. Satu rasa yang cukup luar biasa sebenarnya. Kadang-kadang sampai tak tahu bagaimana nak terjemahkan.

“Tak pernah satu hari berlalu saya tak teringatkan tentang Sarah. Susahnya nak menjalani kehidupan pun dah satu tekanan buat saya. Saya berterima kasih apabila orang ambil berat pasal saya tetapi kadang-kadang pasal jodoh, bercinta dan berkawan dengan siapa membuatkan saya tertekan.

“Mengapa tidak doakan saya dan anak-anak yang terbaik. Insya-Allah, doa-doa kalian semua saya akan balikkan. Saya nak semua orang bahagia dan teruskan doa yang terbaik tapi jangan terlalu menekan cuba nak jodohkan dengan itu, dengan ini.





“Anak saya semakin membesar dan mereka dah boleh membaca. Saya tak nak komen yang bukan-bukan dalam media sosial memberi kesan kepada emosi dan pemikiran mereka,” ujar pelawak Shuib Sepahtu yang meminta agar diberikan ruang untuk menjalani kehidupan dengan tenang.

SHUIB MINTA DIBERIKAN RUANG

Sering ditanya mengenai soal pengganti serta dikenenkan dengan rakan artis, Shuib berkata dia sedar ramai yang sudah bosan apabila dirinya sering bercakap tentang jodoh.

Dalam pada itu, bapa kepada empat cahata mata itu mengakui tertekan apabila ada ayang cuba menjodohkannya namun mengharapka doa yang baik-baik sahaja.

Terdahulu, ada yang mahu menjodohkan Shuib dan Siti Nordiana. Terbaru, ada yang merestui hubungan pelawak itu dengan pelakon Zara Zya apabila sering memuat naik video bersama.





7 terperangkap dalam ruang pengeluaran ATM

 

SHUIB MINTA DIBERIKAN RUANG


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Siapa Calon TPM Dari PPBM Yang Di Cadangkan Oleh Muhyiddin





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker