Sri Lanka hampir kehabisan rizab bahan api

Sri Lanka hampir kehabisan rizab bahan api
Pemandu teksi roda tiga berbaris bagi mendapatkan kuota enam liter petrol sehari di Colombo, Sri Lanka, namun kekurangan bekalan bermakna tidak semua boleh mendapatkannya. – Foto AFP

Sri Lanka hampir kehabisan rizab bahan api

COLOMBO: Sri Lanka hari ini memaklumkan rizab bahan apinya berbaki kurang daripada sehari, sambil menyatakan pengangkutan awam terpaksa dihentikan susulan krisis ekonomi negara itu semakin meruncing.

Kebanyakan stesen pam sudah beberapa hari kehabisan petrol dan diesel dengan ramai berbaris hingga beberapa kilometer untuk mendapatkan bahan api itu.

Menteri Tenaga, Kanchana Wijesekera, berkata rizab petrol di negara itu berada di bawah nilai penggunaan sehari iaitu kira-kira 4,000 tan manakala penghantaran petrol seterusnya dijangka antara 22 dan 23 Julai.

“Kami sudah menghubungi pembekal lain, namun tidak dapat mengesahkan bekalan baharu tiba sebelum 22 Julai,” katanya kepada pemberita di Colombo.





Orang ramai yang terdesak dilihat turun daripada kenderaan dengan harapan mereka dapat tumpang menaiki kenderaan lain.

Bas milik persendirian yang merangkumi dua pertiga daripada pengangkutan negara, berkata mereka mengendalikan perkhidmatan dengan sangat terbatas pada hari ini berikutan terjejas teruk akibat kekurangan bahan api.


Disyorkan Untuk Anda :


“Kami hanya mengendalikan kira-kira 1,000 bas di seluruh negara daripada 20,000 yang dimiliki oleh ahli kami.

“Keadaan sudah tentu akan menjadi lebih buruk esok kerana kita tidak mempunyai cara untuk mendapatkan diesel,” kata Pengerusi Persatuan Pengusaha Bas Persendirian, Gemunu Wijeratne.

Beliau berkata, perkhidmatan mereka akan dikurangkan lagi esok dan sehingga kini masih tiada penyelesaian segera yang dilihat.





Teksi tiga roda juga dilihat beratur untuk mendapatkan catuan enam liter petrol.

Kekurangan mata wang asing untuk membiayai walaupun import yang paling penting membawa kepada krisis ekonomi terburuk negara, dengan 22 juta penduduknya menghadapi kesukaran yang teruk setiap hari.

Sri Lanka turut menghadapi rekod inflasi yang tinggi dan gangguan bekalan elektrik yang berpanjangan sejak akhir tahun lalu.

Semua institusi dan sekolah kerajaan yang tidak penting diarahkan tutup sehingga 10 Julai untuk mengurangkan perjalanan dan menjimatkan tenaga.

Media tempatan melaporkan berlaku banyak pertempuran kecil di luar stesen minyak.





Minggu lalu, tentera melepaskan tembakan untuk menyuraikan perusuh yang membantah tentera memotong barisan ketika membeli bekalan minyak.

Sri Lanka kini sedang berunding dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk kemungkinan bantuan kewangan selepas negara itu gagal membayar hutang luar negaranya sebanyak $51 bilion (RM224.76 bilion) pada April. – AFP

Pasar raya kehabisan barang

 





Sri Lanka hampir kehabisan rizab bahan api


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Siapa Calon TPM Dari PPBM Yang Di Cadangkan Oleh Muhyiddin

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker