UPNM buat UM gigit jari

UPNM buat UM gigit jari
KUALA TERENGGANU: Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) melakar kejutan apabila menewaskan pasukan pilihan, Universiti Malaya (UM) 1-0 pada final Karnival Futsal Wanita Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berlangsung di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), kelmarin.
Rekod tanpa kalah UM sepanjang kejohanan gagal dipertahankan walaupun sentiasa menarik sokongan peminat dengan kehadiran pemain terkenal yang juga tonggak skuad kebangsaan, Intan Sarah Anisah Zulgafli.
Turut dibantu seorang lagi pemain futsal kebangsaan, Siti Asnidah, UM diberikan saingan sengit oleh UPNM yang menurunkan sekurang-kurangnya tujuh pemain bola sepak wanita kebangsaan.
Biarpun UM lebih banyak mengasak, namun pertahanan UPNM kebal bertahan dengan dibantu oleh aksi cemerlang penjaga gol, Nur Ezza Ashikin yang turut dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik kejohanan.
Jaringan kemenangan UPNM dihasilkan Eva Olivianie Antinus pada minit ke-17 perlawanan, sekali gus mengecewakan UM untuk muncul juara buat kali keempat berturut turut.
Kolej Politech Mara (KPTM) Bangi muncul pemenang tempat ketiga selepas menewaskan UiTM 2-0 dengan kedua-dua jaringan disumbang Ainin Sofiya Mohd Hasnizam.
Karnival Futsal Wanita IPT 2022 membabitkan 14 pasukan yang berlangsung di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan UMT sebagai tuan rumah perlawanan akhir.
Pendakwaan akan fail rayuan terhadap keputusan kes Zulfarhan
UPNM buat UM gigit jari
Disyorkan Untuk Anda :
- Cabaran Pertama Annuar Musa Sebagai Timbalan Perdana Menteri Merangkap Timbalan Presiden UMNO
- Jangan Gadaikan Maruah Perjuangan UMNO Hanya Untuk Jawatan Perdana Menteri
- Muhyiddin Akui Derhaka Kepada Titah Agong