Tipu bida, 8 syarikat IT kena penalti lebih RM1.5 juta

Tipu bida, 8 syarikat IT kena penalti lebih RM1.5 juta

Tipu bida, 8 syarikat IT kena penalti lebih RM1.5 juta
Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Persaingan (MyCC), Iskandar Ismail. – Fail NSTP

KUALA LUMPUR: Lapan syarikat berkaitan teknologi maklumat (IT) dikenakan penalti kewangan berjumlah RM1,548,192.36 selepas didapati terbabit dalam aktiviti tipuan bida membabitkan empat projek berasingan di sebuah institusi pengajian tinggi.

Lapan syarikat itu ialah Tuah Packet Sdn Bhd (Tuah Packet), Caliber Interconnects Sdn Bhd (Caliber), Aliran Digital Sdn Bhd (Aliran Digital), ViaMED Sdn Bhd (ViaMED), Novatis Resources Sdn Bhd (Novatis),

Silver Tech Synergy Sdn Bhd (Silver Tech), Venture Nucleus (M) Sdn Bhd (Venture Nucleus) dan Basenet Technology Sdn Bhd (Basenet).

Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Persaingan (MyCC), Iskandar Ismail, berkata lapan syarikat itu dikesan terbabit dalam penipuan bida projek bernilai bernilai RM1,925,365.90 diperoleh oleh Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).





Beliau berkata, siasatan mendapati sebuah projek perolehan membabitkan sehingga enam syarikat sebelum mereka membentuk dua kartel bagi memenangi sebut harga terbabit.

Ketika siasatan dibuat, katanya, MyCC mendapati tiga lagi projek lain mengandungi unsur tipuan bida sama.


Disyorkan Untuk Anda :


“Perolehan yang terjejas membabitkan sebut harga pada 2016 bernilai RM467,727, tender bernilai RM939,852 (2015), sebut harga RM475,000 (2015) dan sebut harga RM42,786.90 (2015).

“Siasatan bermula pada 2017 selepas pihak ASWARA membuat laporan mengenai dakwaan perlakuan tipuan bida membabitkan projek di situ.

“MyCC memulakan siasatan mengikut Seksyen 15 Akta Persaingan 2010 untuk memastikan sama ada berlaku pelanggaran Seksyen 4 mengikut akta sama,” katanya pada sidang media, di sini.





Iskandar berkata, MyCC akan menyarankan lapan syarikat terbabit disenarai hitam daripada terbabit dalam pembidaan tender di agensi kerajaan berdasarkan Pekeliling Kerajaan (PK) 1.6.

Peguam didakwa pecah amanah RM1.5 juta

Tipu bida, 8 syarikat IT kena penalti lebih RM1.5 juta

 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Siapa Calon TPM Dari PPBM Yang Di Cadangkan Oleh Muhyiddin





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker