Baling: KDN gerakkan agensi selaras bantuan

Baling: KDN gerakkan agensi selaras bantuan

Baling: KDN gerakkan agensi selaras bantuan
Keadaan rumah Siti Aisyah Misnan, 34, yang terjejas di Kampung Iboi selepas dilanda banjir lumpur semalam. NSTP/LUQMAN HAKIM ZUBIR

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggerakkan semua agensi di bawahnya menerusi Op Bantu Baling bagi mengkoordinasi bantuan dan operasi menyelamat mangsa tragedi banjir di Baling, Kedah.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata Op itu diketuai Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad membabitkan pelbagai agensi di bawah KDN antaranya Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Agensi Anti Dadah Kebangsaan serta Jabatan Penjara Malaysia.

Beliau berkata, 164 pegawai serta anggota PDRM telah diatur gerak manakala sebanyak 44 aset kenderaan serta peralatan kecemasan PDRM dihantar ke lokasi bencana termasuk empat bot, lapan lori dan tiga kenderaan pacuan empat roda.

“Seramai 46 anggota RELA juga dikerahkan untuk membantu mangsa banjir di kawasan yang terlibat dan ditugaskan di pusat pemindahan sementara (PPS),” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.





Hamzah berkata, orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat berhubung situasi banjir boleh menghubungi Pusat Kawalan Malaysia (MCC) PDRM di talian 03-2266 3333 / 03-2266 3444 / 03-2266 3451 atau talian MERS 999.


Disyorkan Untuk Anda :


 

Berapa Lama Kartel Sudah Wujud Dalam KDN? Pendedahan Hamzah Mengejutkan!





 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker