NONISWARA NAFI ISTERI KEDUA

TAMPIL JELASKAN STATUS SEBENAR BILA GELARAN 'DATIN SERI' DIPERTIKAI

NONISWARA NAFI ISTERI KEDUA

NONISWARA NAFI ISTERI KEDUA – TAMPIL JELASKAN STATUS SEBENAR BILA GELARAN ‘DATIN SERI’ DIPERTIKAI

“Saya tidak bermadu dan bukan gila gelaran. Dari suami yang dahulu pun saya sudah bergelar Datin. Apa hairan sangat? Saya Datin Seri sebab dalam sijil ada nama saya seorang sahaja. Masa ambil pingat pun saya yang bersama,” kata pelakon Datin Seri Noniswara yang meluahkan rasa kecewa apabila ada individu menggunakan nama ‘budak jongos’ di Instagram mempertikaikan penggunaan gelaran Datin Seri untuk dirinya.

Menurut Noniswara, 53, gelaran tersebut sah digunakan kerana sepanjang tujuh tahun perkahwinan dia bukanlah isteri kedua seperti yang didakwa individu tersebut. Pelakon drama ‘Melastik Ke Hatimu’ itu berkongsi luahan hatinya itu menerusi Instagram pada Selasa.

Untuk makluman, Noniswara mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan, Datuk Seri Dr Sheikh sejak tujuh tahun lalu. Menjawab beberapa persoalan lain, Noniswara berkata suaminya itu sudah lama berpisah dengan bekas isteri dan hubungan mereka bermasalah sebelum dirinya mengenali lelaki tersebut.





NONISWARA NAFI ISTERI KEDUA

“Daripada dahulu suami kata dia sudah berpisah. Sebelum saya wujud sudah 10 tahun tidak tidur bersama. Cuma anak-anak tidak boleh menerima hakikat. Kalau ada gambar bersama pun sebab majlis kahwin anak-anak dan ketika sambutan hari raya ketiga. Ambil gambar sebab nak jaga hati anak-anak dan suami serba-salah. Mereka mahu tunjukkan kononnya keluarga bahagia,” jelasnya.


Disyorkan Untuk Anda :


Dalam masa sama, Noniswara memberitahu sudah lama dia berdiam diri meskipun diganggu oleh individu tersebut: “Saya bukan meroyan tetapi terpaksa berterus-terang. Sudah lama kurang ajar dengan saya dan lama saya berdiam. Suami pun dah penat. Budak jongos itu adalah kebencian suami saya. Suami selalu mengadu tertekan dengan seorang ini. Tiada siapa boleh nasihat si jongos ini,” tuturnya.

Noniswara bagaimanapun tidak memberitahu sama ada dia mengenali individu itu secara peribadi atau tidak. Noniswara sebelum ini pernah dua kali mendirikan rumah tangga dan hasil perkahwinan dengan suami pertama dia dikurniakan tiga orang cahaya mata.

NONISWARA NAFI ISTERI KEDUA





SPRM mula panggil individu minggu ini

NONISWARA NAFI ISTERI KEDUA


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Siapa Calon TPM Dari PPBM Yang Di Cadangkan Oleh Muhyiddin





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker