Tiga jenazah mangsa lemas selamat dikebumikan

Tiga jenazah mangsa lemas selamat dikebumikan

Tiga jenazah mangsa lemas selamat dikebumikan
TIGA sekeluarga yang maut dalam kejadian banjir di Kampung Iboi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Charuk Bemban hari ini. FOTO bernama

Baling: Jenazah tiga mangsa lemas bersama janin berusia empat bulan akibat bencana kepala air di Lata Celak, Kampung Iboi, Kupang di sini selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Charuk Bemban Dalam di sini, 5.30 pagi tadi.

Jenazah Nurul Anis Abu Hassan, 23, ibu yang hamil empat bulan bersama janinnya serta ibu mentuanya yang lumpuh, Salmah Mat Akib, 53, dan adik iparnya, Khairul Ikhwan Nor Azman, 14,sebelum itu tiba di perkarangan surau Surau Al-Istiqamah, Kampung Charuk Bemban Dalam, pada 4.25 pagi.

Jenazah ketiga-tiga mangsa itu dikebumikan dalam tiga liang lahad yang dimulai dengan Nurul Anis bersama janinnya kemudian diikuti ibu mentua dan adik iparnya.

Terdahulu, jenazah janin itu didukung bapanya Muhammad Khairul Asyraf Nor Azman, 24, sebelum dibawa masuk ke dalam surau untuk disolatkan.





Solat jenazah dilakukan secara berasingan dimulai dengan solat jenazah untuk janin Nurul Anis diikuti Khairul Ikhwan dan kemudian solat jenazah secara serentak untuk Nurul Anis dan Salmah.

Suasana pilu dan sedih menyelubungi upacara pengebumian apabila kira-kira 200 orang yang hadir kelihatan sebak sewaktu diberikan peluang terakhir untuk menatap wajah jenazah sebelum dikebumikan.


Disyorkan Untuk Anda :


Semalam, jenazah tiga mangsa lemas ini ditemukan selepas rumah mereka dihanyutkan air dalam tragedi banjir dan kepala air di Kampung Iboi di sini kelmarin.

Mayat Nurul Anis dan ibu mentuanya yang lumpuh itu ditemukan dalam keadaan berpelukan di bawah timbunan pokok kira-kira 100 meter dari tapak rumah mereka yang dihanyutkan itu, 9.30 pagi semalam.

Mangsa ketiga, Khairul Ikhwan pula ditemukan pada 11.55 pagi semalam di bawah timbunan pokok yang tidak jauh dari mayat ibu dan kakak iparnya ditemukan.





BALING, 6 Julai — Muhammad Khairul Asyraf Nor Azman, 24, membawa janin Allahyarhamah isterinya berusia hamil empat bulan memasuki Surau Al-Istiqamah untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Charuk Bemban hari ini.

Janin ditemui dalam tandas stesen minyak

Tiga jenazah mangsa lemas selamat dikebumikan


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker