Kadar pinjaman Public Bank akan dinaikkan 0.25 peratus
Kadar pinjaman Public Bank akan dinaikkan 0.25 peratus

KUALA LUMPUR: Public Bank akan menaikkan Kadar Asas (BR) dan Kadar Pinjaman Asas (BLR)/ Kadar Pembiayaan Asasnya (BFR) sebanyak 0.25 peratus berkuat kuasa pada 8 Julai 2022.
Kumpulan perbankan itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia adalah
selaras dengan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) Bank Negara Malaysia (BNM) sebanyak 25 mata asas daripada 2.00 peratus kepada 2.25 peratus semalam.
“Berikutan dengan ini, BR akan naik kepada 2.77 peratus daripada 2.52 peratus dan BLR/BFR akan naik kepada 5.97 peratus daripada 5.72 peratus.
“Pada masa yang sama, kadar deposit tetap Public Bank juga akan diselaraskan dengan sewajarnya sebanyak 0.25 peratus bagi semua tempoh, berkuat kuasa pada tarikh yang sama,” katanya.
Kadar pinjaman Public Bank akan dinaikkan 0.25 peratus
Disyorkan Untuk Anda :
- Cabaran Pertama Annuar Musa Sebagai Timbalan Perdana Menteri Merangkap Timbalan Presiden UMNO
- Jangan Gadaikan Maruah Perjuangan UMNO Hanya Untuk Jawatan Perdana Menteri
- Muhyiddin Akui Derhaka Kepada Titah Agong