Anna-Mei Xing terkandas di suku akhir

Anna-Mei Xing terkandas di suku akhir

Anna-Mei Xing terkandas di suku akhir
Aksi beregu badminton wanita Malaysia Teoh Mei Xing (kiri) dan Anna Ching Yik Cheong (kanan) ketika menentang beregu Korea Selatan Jeong Na Eun dan Kim Hye Jeong pada suku akhir Masters Malaysia di Axiata Arena Bukit Jalil hari ini. – Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Hajat beregu wanita negara, Anna Cheong-Teoh Mei Xing untuk mengejutkan Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong di suku akhir Masters Malaysia hari ini tidak kesampaian.

Anna-Mei Xing tewas 14-21, 18-21 dalam tempoh 44 minit di tangan pasangan Korea Selatan yang menduduki ranking ke-11 dunia itu dalam pertemuan sulung antara mereka.

“Saya rasa persembahan kami terutama pergerakan dan corak permainan agak kurang baik hari ini.

“Malah, gandingan lawan seakan sudah dapat membaca strategi kami sekali gus membuatkan kami tertekan,” kata Anna.





 

Aksi beregu badminton wanita Korea Selatan, Jeong Na Eun dan Kim Hye Jeong ketika menentang pemain Malaysia, Teoh Mei Xing dan Anna Ching Yik Cheong di Axiata Arena Bukit Jalil hari ini. – Foto BERNAMA

“Ketika mereka mendahului kembali di set kedua, saya terlalu banyak berfikir. Saya sebenarnya memang mahu buat lebih baik tetapi lebih banyak melakukan kesilapan.


Disyorkan Untuk Anda :


“Apapun, saya tidak puas hati dengan pencapaian ini walaupun di Terbuka Malaysia dan Masters Malaysia kami melakukan kejutan dengan menumpaskan lawan di ranking lebih tinggi,” tambah Anna.

Anna-Mei Xing dijadual akan menyertai Kejohanan Dunia yang berlangsung di Tokyo, Jepun bulan depan.

Anna-Mei Xing mudah benam beregu India di Manila





Anna-Mei Xing terkandas di suku akhir

 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker