Lelaki bersenjata parang samun warga emas

Lelaki bersenjata parang samun warga emas

Lelaki bersenjata parang samun warga emas
Tangkap layar daripada rakaman CCTV tular menunjukkan dua lelaki bersenjatakan parang memasuki rumah mangsa.- Foto Ihsan pembaca

BENTONG: Seorang warga emas menerima 10 jahitan akibat kecederaan dilibas dengan parang dalam kejadian samun, dua lelaki di rumahnya di Taman Hijau, Karak semalam.

Ketua Polis daerah Bentong, Superitenden Zaiham Mohd Kahar, berkata pihaknya menerima panggilan daripada mangsa memaklumkan dua lelaki tidak dikenali bersenjatakan parang telah memasuki rumahnya jam 7.50 pagi.

Katanya, ketika kejadian mangsa yang berusia 72 tahun itu tinggal bersama isteri dan cucu lelakinya.

“Berdasarkan rakaman percakapan mangsa, suspek dipercayai dua lelaki warga tempatan.





“Suspek telah melarikan barang kemas iaitu rantai dan cincin milik isterinya yang berusia 69 tahun.

“Suspek juga mencederakan mangsa selepas melibasnya dengan parang yang menyebabkan luka di leher sebelah kanan,” katanya dalam kenyataan.


Disyorkan Untuk Anda :


Beliau berkata, cucu lelaki mangsa berusia 18 tahun turut cedera iaitu bengkak di kepala kerana dihentak dengan belakang parang.

Katanya, usaha memburu suspek sedang giat dilakukan dengan siasatan turut merangkumi penelitian rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di talian 09-2222222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.





Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

 

Lelaki bersenjata parang samun warga emas


 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


 

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker