Pemandu lori rempuh 11 kenderaan miliki 33 saman lampau

Pemandu lori rempuh 11 kenderaan miliki 33 saman lampau

Pemandu lori rempuh 11 kenderaan miliki 33 saman lampau
Pemandu lori yang terbabit kemalangan 12 kenderaan di Tambak Johor mengahala Singapura semalam, direman tiga hari bermula hari ini di Mahkamah Rendah Johor Bahru, hari ini. NSTP/IZZ LAILY HUSSEIN/FOTO

JOHOR BAHRU: Pemandu lori yang merempuh 11 kenderaan di Tambak Johor, semalam, mempunyai 33 rekod saman lampau atas pelbagai kesalahan trafik.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata lelaki berusia 34 tahun itu juga mempunyai enam saman yang belum dijelaskan.

“Saringan air kencing mendapati lelaki itu negatif terhadap dadah,” katanya.

Pemandu berkenaan kini direman tiga hari bermula hari ini dengan perintah reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Johor Bahru, Melody Woon Sze Mun.





Siasatan lanjut ke atas suspek dilakukan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Suspek yang memakai baju T berwarna hitam dan berseluar jeans biru tiba di pekarangan mahkamah dalam keadaan bergari kira-kira jam 10 pagi.


Disyorkan Untuk Anda :


Suspek turut menutup wajahnya dengan baju bagi mengelak dirakam pengamal media yang hadir bagi membuat liputan.

Dalam nahas kira-kira jam 9.25 pagi semalam, sebanyak 11 kenderaan dirempuh lori dipandu suspek yang didakwa hilang kawalan kerana mengalami masalah teknikal pada brek.

Kemalangan itu membabitkan sebuah lori, sebuah bas, sebuah van dan sembilan kereta dengan enam daripadanya adalah kenderaan tempatan, manakala enam yang lain bernombor pendaftaran negara asing.





Nahas bagaimanapun tidak membabitkan kemalangan jiwa mahupun kecederaan, sebaliknya hanya berlaku kerosakan pada kenderaan.

Lelaki ditahan miliki pistol

Pemandu lori rempuh 11 kenderaan miliki 33 saman lampau

 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


280,000 warga Singapura lintas tambak ke Malaysia





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker