4 cedera ditikam penyerang di hospital bersejarah Shanghai

4 cedera ditikam penyerang di hospital bersejarah Shanghai

4 cedera ditikam penyerang di hospital bersejarah Shanghai
Anggota polis berkawal di hadapan Jabatan Pesakit Luar Hospital Ruijin di Shanghai, China selepas seorang lelaki mencederakan empat orang di hospital itu. – Foto REUTERS

SHANGHAI: Empat cedera selepas ditikam oleh seorang penyerang yang bersenjatakan pisau di sebuah hospital bersejarah di bandar raya ini, hari ini.

Kejadian berkenaan adalah insiden tikaman kedua yang dilaporkan selepas perintah berkurung COVID-19 ditarik balik di bandar itu pada awal Jun lalu.

Pihak polis, berkata pegawainya bergegas ke Hospital Ruijin yang berusia 100 tahun, awal pagi tadi, selepas menerima panggilan mengenai serangan berkenaan.

Video di laman sosial menunjukkan keadaan huru-hara apabila pelawat bertindak merangkak di bawah penghadang besi untuk keluar dari hospital manakala doktor dilihat berlari keluar bersama beberapa pesakit yang berkerusi roda dan seorang di atas katil mudah alih.





Turut kelihatan dalam satu video, garisan darah yang panjang di permukaan lantai tangga marmar.

Sebaik tiba di hospital bersejarah itu, polis menemukan seorang lelaki yang menahan dan menjadikan orang ramai sebagai tebusan dengan bersenjatakan pisau di tingkat tujuh bahagian pesakit luar.


Disyorkan Untuk Anda :


Lelaki itu kemudian mengancam untuk mencederakan tebusan dan menyebabkan polis melepaskan tembakan dan menahan lelaki terbabit.

Polis juga berkata, semua mangsa yang tercedera dalam keadaan stabil dan insiden itu kini sedang disiasat.

Pihak polis turut memberitahu orang ramai yang berada di luar bahawa Hospital Ruijin kini sudah dikepung dan semua temu janji dibatalkan.





Seorang penduduk Shanghai yang tiba bagi melakukan pemeriksaan sejurus selepas hospital ditutup dan enggan dikenali, berkata perkara itu amat mengecewakan.

“Ini adalah sangat mengejutkan. Apa sudah jadi dengan masyarakat ini?” katanya.

Isnin lalu, seorang lelaki ditahan selepas melakukan serangan dengan menikam di pusag bandar daerah Jingan.

Di China, hospital dijadikan lokasi penduduk negara itu melakukan penjualan tiket temu janji secara haram, selain perlu beratur panjang untuk berjumpa doktor dan rasuah yang boleh meningkatkan kos menerima rawatan.

Laporan di mana pesakit menyerang doktor juga adalah perkara biasa. – REUTERS





Kembalikan nama asal lokasi bersejarah di Langkawi

4 cedera ditikam penyerang di hospital bersejarah Shanghai

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Salam Aidil Adha Kepada Semua Yang Beragama Islam





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker