Deretan unit kedai musnah terbakar malam raya

Deretan unit kedai musnah terbakar malam raya

Deretan unit kedai musnah terbakar malam raya

Antara kedai di Jalan Hiliran, Kuala Terengganu yang musnah dalam kebakaran malam tadi. – Foto NSTP/Zatul Iffah Zolkiply.KUALA TERENGGANU: Lapan deretan kedai di Jalan Hiliran di sini, musnah dalam kebakaran malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 malam itu membabitkan kedai menjual pakaian dan basikal.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Md Hilman Abd Rashid, berkata, empat jentera bersama sepasukan 30 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat mengenai kejadian itu.





Katanya, sebaik tiba di lokasi api sedang marak membakar deretan kedai terbabit sebelum usaha mengawal kebakaran segera dijalankan.

Beliau berkata, semua premis itu mengalami kerosakan antara 30 hingga 100 peratus.

“Tiada sebarang kemalangan jiwa akibat kebakaran ini dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian dan jumlah kerugian,” katanya.


Disyorkan Untuk Anda :


“Anggota bomba mengambil tempoh kira-kira 30 minit bagi mengawal kebakaran daripada terus merebak sebelum api berjaya dipadam sepenuhnya tidak lama kemudian.

“Kebakaran membabitkan kedai aksesori, kedai basikal, pakaian dan mainan kanak-kanak. Terdapat lapan pintu di sini, tetapi ia mempunyai banyak lot membabitkan lapan pemilik dan kita sedang mengumpul maklumat,” katanya.





Warga emas meninggal dunia dalam kereta akibat serangan jantung

 

Deretan unit kedai musnah terbakar malam raya

 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Salam Aidil Adha Kepada Semua Yang Beragama Islam





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker