FILEM ‘MAT KILAU’ PAPAR ASKAR SIKH CEDERAKAN ORANG TUA, KANAK-KANAK BUAT PERSATUAN LUAH KESAL
FILEM ‘MAT KILAU’ PAPAR ASKAR SIKH CEDERAKAN ORANG TUA, KANAK-KANAK BUAT PERSATUAN LUAH KESAL
Umum sedia maklum mengenai filem ‘Mat Kilau’ yang terus mencipta sejarah apabila mencatat kutipan RM61 juta dalam masa 17 hari ditayangkan di pawagam. Namun, disebalik kejayaan tersebut, ada cerita tak sedap didengar mengenai filem arahan pengarah terkenal, Syamsul Yusof itu.
Terbaru, Persatuan Sikh Malaysia menerusi satu kenyataan dimuat naik di Facebook Khamis lalu telah meluahkan rasa kesal berhubung watak askar British daripada kaum Sikh yang dikatakan boleh menimbulkan salah faham agama dan kaum.
Persatuan itu kecewa apabila filem tersebut menggambarkan kaum dan agama lain seperti Sikh sebagai penjahat. Mereka turut mempersoalkan babak askar Sikh bertindak kasar dengan mencederakan orang tua, kanak-kanak dan golongan tidak berdaya dalam filem berkenaan.
“Filem mengenai tokoh sejarah Mat Kilau tetapi malangnya ia menggambarkan kaum dan agama lain sebagai penjahat. Kami percaya ini boleh membawa kepada ketidakharmonian kaum.
“Bahagian ini telah ditambah oleh produser untuk membuat jalan cerita menjadi menarik. Walaupun babak kontroversi dalam filem itu adalah fiksyen semata-mata, ia tidak menyenangkan malahan melukakan kami,” tulis kenyataan itu.
Disyorkan Untuk Anda :
- Siapa Calon TPM Dari PPBM Yang Di Cadangkan Oleh Muhyiddin
- Cadangan Mengadakan PRU 15 Selepas Pembentangan Bajet 2023 Adalah Helah Menangguhkan PRU 15
Dalam pada itu, mereka turut menggesa industri filem Malaysia tidak menghasilkan filem yang mempunyai sentimen agama dan kaum yang boleh menimbulkan salah faham terhadap agama dan kaum.
FILEM ‘MAT KILAU’ PAPAR ASKAR SIKH CEDERAKAN ORANG TUA, KANAK-KANAK BUAT PERSATUAN LUAH KESAL
Disyorkan Untuk Anda :
- Tawaran Kepada Anak Muda Sekiranya Mengundi BN Dalam PRU 15
- Islam Yang Cuba Kau Hina Akan Tetap Mulia