JAWI siasat persembahan komedi hina Islam

JAWI siasat persembahan komedi hina Islam

JAWI siasat persembahan komedi hina Islam
JAWI menjalankan siasatan berhubung satu video yang tular dipercayai menghina Islam oleh seorang wanita dalam satu persembahan komedi, baru-baru ini. – Foto video viral

KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menjalankan siasatan berhubung satu video yang tular dipercayai menghina Islam oleh seorang wanita dalam satu persembahan komedi, baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail, dalam satu satu kenyataan hari ini memaklumkan, siasatan sedang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan JAWI.

“Kita mengambil maklum berkenaan video tular dipercayai perbuatan menghina kesucian agama Islam yang dilakukan di sebuah kelab di Taman Tun Dr Ismail, baru-baru ini.

“JAWI sama sekali tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan yang bertujuan menghina dan mencemarkan imej serta kesucian Islam khususnya yang berlaku di Wilayah Persekutuan, lebih-lebih lagi menjelang ketibaan Hari Raya Aidiladha yang mulia,” katanya.





Mohd Ajib berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 7 Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 iaitu menghina atau menyebabkan dipandang hina dan lain-lain, yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tular di media sosial satu rakaman video menunjukkan seorang wanita dipercayai membuat satu ‘stand up comedy’, didakwa di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail, di sini.


Disyorkan Untuk Anda :


Menerusi video berdurasi 53 saat itu, kelihatan seorang wanita berbaju kurung dan bertudung memperkenalkan diri serta mengaku sebagai seorang wanita Muslim serta hafaz 15 juzuk al-Quran.

Sebaik selesai memperkenalkan diri, wanita itu kemudian membuka tudung serta baju kurung dipakainya dan mendedahkan pakaiannya yang sebenar iaitu baju terdedah sebahagian dada tanpa lengan serta memakai skirt pendek yang menampakkan sebahagian paha.

Tindakannya menerima sorakan daripada penonton yang hadir menonton persembahannya.





Sementara itu, pemilik kelab komedi terbabit, Crackhouse Comedy Club (CH), dalam satu kenyataan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan wanita itu yang dianggap menghina agama Islam.

Pihak terbabit sudah membuat satu laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail dan melarang wanita terbabit daripada kembali ke kelab berkenaan.

Warga asing dibunuh rakan akibat menghina

JAWI siasat persembahan komedi hina Islam


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Salam Aidil Adha Kepada Semua Yang Beragama Islam





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker