Pogba enggan tandatangan jersi United

Pogba enggan tandatangan jersi United

Pogba enggan tandatangan jersi United
Pemain baharu Juventus, Paul Pogba tiba di J Medical Center untuk menjalani ujian perubatan di Turin, Itali. – EPA

 

LONDON: Paul Pogba menggoyangkan jarinya dan berkata “tidak” selepas seorang peminat memintanya menandatangani jersi Manchester United semalam.

Pemain Perancis itu meninggalkan Old Trafford buat kali kedua awal musim panas ini dan kembali ke Juventus.

Pogba, 29, disambut peminat ketika tiba di ibu pejabat Juventus untuk menjalani ujian perubatan.





Pemain tengah itu menandatangani autograf untuk sebahagian peminat bertuah namun enggan melakukannya untuk jersi United.

Ketika jersi Red Devils dihulurkan kepadanya, Pogba menggoyangkan jarinya dan tidak mahu menandatanganinya.


Disyorkan Untuk Anda :


Penyokong Juventus menerusi media sosial suka dengan tindakan itu dengan seorang peminat menulis “legenda” dan seorang lagi membalas dengan emoji ketawa.

Seorang penyokong United pula membalas menerusi Twitter: “Semata-mata sombong.”

Walaupun meninggalkan mereka untuk ke United enam tahun lalu, penyokong Juve masih memberikan sambutan hangat buat Pogba.





Mereka berbaris panjang di jalan raya untuk melihat kelibat hero mereka itu. – AGENSI

Salam Aidil Adha Kepada Semua Yang Beragama Islam

Pogba enggan tandatangan jersi United

 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Salam Aidil Adha Kepada Semua Yang Beragama Islam





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker