Skuad B-19 negara nyaris diaibkan Timor Leste

Skuad B-19 negara nyaris diaibkan Timor Leste

Skuad B-19 negara nyaris diaibkan Timor Leste
Skuad B-19 negara layak ke separuh akhir selepas menewaskan Timor Leste 4-3 sebentar tadi.

KUALA LUMPUR: Skuad bawah 19 (B-19) tahun negara mengesahkan slot ke separuh akhir Kejuaraan B-19 AFF selepas menewaskan Timor Leste 4-3 dalam aksi yang mendebarkan di Stadium Madya, Senayan, Jakarta, sebentar tadi.

Skuad kendalian Hassan Sazali Waras hanya memerlukan sembilan minit untuk berada di depan hasil penyudah Najmudin Akmal Kamal Akmal.

Kedudukan itu bagaimanapun hanya bertahan dua minit apabila Cristevao Moniz Fernandes menyamakan kedudukan buat Timor Lester.

Perlawanan terus berlangsung rancak dengan skuad negara kembali mendahului menerusi jaringan yang disumbangkan Adam Farhan Faizal pada minit ke-15.





Aliff Izwan Yuslan berjaya meledak gol ketiga Malaysia pada minit ke-53, namun dua minit kemudian Timor Leste merapatkan kedudukan menerusi Mario Donasio Quintao.


Disyorkan Untuk Anda :


Adam Farhan sekali lagi menjarakkan kedudukan buat skuad negara dengan meledak gol keempat pada minit ke-62 dan walaupun Quintao berjaya menyumbang gol ketiga Timor Leste pada minit ke-76, namun ia tidak cukup untuk menghalang kemenangan Malaysia.

Skuad negara menghuni tangga kedua dengan mengumpul tujuh mata, dua mata di belakang pendahulu Kumpulan B, Laos dan kedua-dua pasukan itu akan membuat perhitungan dalam aksi terakhir, Isnin ini bagi menentukan juara kumpulan.

Bekas paderi bersalah penderaan seks





Skuad B-19 negara nyaris diaibkan Timor Leste

 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Salam Aidil Adha Kepada Semua Yang Beragama Islam

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker