Bila T20 Kemaruk Honda Sampai Sanggup Marah Banker

Lepas 2 Tahun Ini Jadinya...

Bila T20 Kemaruk Honda Sampai Sanggup Marah Banker
Segelintir masyarakat hari ini sanggup mengikat perut keluarga gara-gara mahu kelihatan mewah bergaya.
 
Umpama peribahasa ‘biar papa asal bergaya’, golongan yang mempunyai selera besar itu kebanyakannya terdiri daripada anak muda yang baru sahaja ditawarkan pekerjaan.
Malah, mereka dipercayai terikut-ikut dengan trend semasa yang gemar menggayakan kereta Honda sebagai lambang status.
Bila T20 Kemaruk Honda Sampai Sanggup Marah Banker
Gambar hiasan 
Perkara itu didedahkan seorang pegawai perbankan di media sosial selepas menerima banyak permohonan daripada kelompok generasi muda yang mempunyai pendapatan bulanan sekitar RM2,500.
Justeru, beliau berkongsi cerita tentang bekas pelanggannya yang mahu membeli kereta berjenama Honda model BRV yang dianggarkan sekitar RM87,000 walaupun pendapatan bulanan seisi rumah hanyalah RM5,400.
Malah katanya, pasangan suami isteri itu juga mempunyai komitmen bulanan yang tinggi termasuk kos bulanan rumah sewa serta tadika.
 
Menurut pemilik akaun Qis Amanda itu lagi, dia pernah menasihati pasangan terbabit supaya berfikir dahulu sebelum membuat keputusan untuk membeli kereta yang dihajati.


Disyorkan Untuk Anda :


 

 
Namun, katanya, dia dimarahi si suami kerana memberi pandangan selepas membuat perkiraan pendapatan dan kos yang ditanggung pasangan tersebut.
 
Menjelaskan situasi berkenaan, dia memberitahu, pandangan yang diberikan itu berikutan jumlah tanggungan bulanan seisi rumah adalah tinggi.
 
Tambahan pula, pasangan tersebut juga mahu membuat pembiayaan penuh bagi pinjaman kenderaan terkini yang dimohon.
 
Menerusi perkongsiannya itu, dia mengakui terkejut apabila pasangan berkenaan mahu ‘reschedule’ akaun kereta kerana tidak mampu membayar pembiayaan bulanan.
 
Bimbang perkara sama berlaku pada individu lain, dia meminta supaya aspek kewangan dititikberatkan terlebih dahulu berbanding keinginan mahupun kehendak.
 
Bila T20 Kemaruk Honda Sampai Sanggup Marah Banker
Kredit TikTok Qieamanda
Perkongsiannya itu mendapat pelbagai maklum balas daripada netizen dan rata-ratanya menyatakan terkejut dengan isu yang diutarakannya.
 
Ada juga yang berkongsikan pengalaman tentang keadaan kewangan semasa dan menyarankan supaya generasi muda menggunakan jenama lokal bagi mengelakkan beban kewangan yang lama.
 
Dalam pada itu, sekumpulan netizen tampil memuji sikap Qis Amanda yang memberi nasihat kewangan kepada individu yang ingin membuat pinjaman pembiayaan.
 
Malah ada yang menyifatkannya sebagai pegawai bank 1 dalam 1,000.
 
 
Sumber: mStar

Pegawai JPJ tak mengaku salah terima rasuah bulanan

Bila T20 Kemaruk Honda Sampai Sanggup Marah Banker

 






Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Salam Aidil Adha Kepada Semua Yang Beragama Islam

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker