Lelaki Lubnan tawar jual buah pinggang di Facebook tampung rawatan isteri

Lelaki Lubnan tawar jual buah pinggang di Facebook tampung rawatan isteri

Lelaki Lubnan tawar jual buah pinggang di Facebook tampung rawatan isteri
Gambar Khalil Adnan dan isteri, Sarah serta bayi perempuan dan dua anak hasil perkahwinan pertama. – Foto ArabNews

BEIRUT: Seorang warga Lubnan sanggup berdepan hukuman penjara kerana kesalahan pemerdagangan organ, dengan menjual buah pinggangnya demi membayar kos rawatan perubatan isterinya yang sakit.

Khalil Adnan Al-Dghayli, 35, memerlukan bayaran bulanan sebanyak AS$400 (RM1,770) bagi kos perubatan isterinya, Sarah Al-Hussein, yang disahkan menghidap penyakit Crohn sejurus selepas melahirkan bayi perempuan.

“Menjadi penganggur dan tidak berduit, saya tiada pilihan selain menawarkan buah pinggang atau mana-mana organ lain untuk dijual bagi mendapatkan wang dan membayar rawatan Sarah,” kata Khalil kepada Arab News.

Sarah dimasukkan ke Hospital Al Rai di bandar Sidon, selatan Lubnan akibat sakit usus dan kontraksi yang teruk, selepas melahirkan anak mereka April lalu.





Selepas pemeriksaan perubatan, beliau di diagnosis dengan penyakit Crohn, iaitu keadaan usus yang menyebabkan keradangan kronik saluran gastrousus, yang boleh menyebabkan sakit perut, cirit-birit yang teruk, keletihan, penurunan berat badan dan kekurangan zat makanan.

Khalil berkata, isterinya sudah berada di hospital sejak lebih minggu lalu dan beliau diberhentikan kerja kerana terpaksa menjaga isterinya.


Disyorkan Untuk Anda :


Walaupun menyedari penyeludupan organ adalah satu kesalahan jenayah, Khalil melayari media sosial dan menyiarkan kesusahannya dalam video di Facebook dan menawarkan buah pinggangnya untuk dijual.

“Saya tahu saya boleh berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun. Saya perlukan wang itu dan saya tidak boleh duduk serta tidak berbuat apa-apa untuk isteri saya yang sakit. Jika masuk penjara saja, biarlah,” katanya.

Khalil memaklumkan memerlukan wang untuk membayar rawatan isterinya sehingga September, sebelum isterinya perlu menjalani laparoskopi sekitar Oktober.





Ditanya sama ada beliau mempunyai sebarang harta untuk dijual, Khalil berkata, “Tiada apa-apa … saya benar-benar bankrap. Saya dan keluarga menyewa sebuah tempat di Haret Saida dengan harga 1.2 juta pound Lubnan (AS$42). Kini, saya juga perlu risau mengenai sewa, makanan dan rawatan Sarah.” – AGENSI

Pusat Pemeriksaan Woodlands dibesarkan, tampung penambahan kenderaan

Lelaki Lubnan tawar jual buah pinggang di Facebook tampung rawatan isteri


 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Salam Aidil Adha Kepada Semua Yang Beragama Islam





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker