Roket Russia bedil pangsapuri, 15 maut

Roket Russia bedil pangsapuri, 15 maut

Roket Russia bedil pangsapuri, 15 maut
Anggota bomba dan pasukan penyelamat mencari mangsa yang terperangkap selepas sebahagian bangunan pangsapuri lima tingkat di bandar Chasiv Yar, musnah dibedil roket tentera Russia. – Foto AFP

KYIV: Sekurang-kurangnya 15 orang awam maut dan lebih 20 lagi dikhuatiri terperangkap selepas roket Uragan Russia membedil sebuah blok pangsapuri lima tingkat di wilayah Donetsk, Ukraine, menyebabkan sebahagian bangunan berkenaan musnah, kata gabenor wilayah itu.

Gabenor Pavlo Kyrylenko melalui Telegram, berkata serangan pada petang Sabtu di bandar Chasiv Yar, sekurang-kurangnya 20 orang lagi mungkin terperangkap dalam runtuhan itu.

Ketua kakitangan kepada Presiden Ukraine, Andriy Yermak, melalui Telegram, pula berkata serangan itu adalah ‘satu lagi serangan pengganas’ dan Russia harus diisytiharkan sebagai “penaja negara keganasan”.

Roket Russia bedil pangsapuri, 15 maut
Pasukan penyelamat mencari mangsa yang terperangkap selepas sebahagian bangunan pangsapuri lima tingkat di bandar Chasiv Yar, musnah dibedil roket tentera Russia. – Foto AFP

Rang undang-undang bagi mengguna pakai label itu terhadap Russia dibentangkan dua senator Amerika Syarikat (AS), yang menyatakan keyakinan mereka cadangan itu akan mendapat undi sokongan ketika lawatan ke Kyiv pada Khamis.





Roket Russia bedil pangsapuri, 15 maut
Pasukan penyelamat mencari mangsa yang terperangkap selepas sebahagian bangunan pangsapuri lima tingkat di bandar Chasiv Yar, musnah dibedil roket tentera Russia. – Foto AFP

Russia yang mendakwa menjalankan operasi ketenteraan khas untuk memusnahkan Ukraine, menafikan menyasarkan orang awam.

Pejuang Ukraine, semalam bertempur bagi mengekang kemaraan agresif tentera Russia di beberapa barisan hadapan, kata pegawainya.


Disyorkan Untuk Anda :


Difahamkan, gesaan AS supaya China menyokong Barat dalam menentang pencerobohan di Ukraine dan tekanan pemimpin negara anggota G20 terhadap Russia mendorong peningkatan serangan itu.

Roket Russia bedil pangsapuri, 15 maut
Pasukan penyelamat mencari mangsa yang terperangkap selepas sebahagian bangunan pangsapuri lima tingkat di bandar Chasiv Yar, musnah dibedil roket tentera Russia. – Foto AFP

Serangan peluru berpandu di bandar timur laut Kharkiv mengakibatkan tiga orang awam cedera, kata gabenornya, walaupun serangan utama Russia kelihatan tertumpu di tenggara Lugansk dan Donetsk.

Kedua-dua wilayah itu, yang sebahagiannya dikuasai pemisah pro Russia sebelum konflik tercetus pada Februari lalu, merangkumi kawasan perindustrian timur Donbas.





Pegawai Ukraine melaporkan serangan di kedua-dua lokasi itu dipertingkat sejak semalam, manakala Kementerian Pertahanan Britain, berkata Moscow sedang mengumpulkan pasukan simpanan dari seluruh Russia berhampiran Ukraine. – REUTERS

Pangsapuri runtuh, 4 maut, 5 hilang

Roket Russia bedil pangsapuri, 15 maut

 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Salam Aidil Adha Kepada Semua Yang Beragama Islam





 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker