Saya tak cari kemenangan jumpa Laos
Saya tak cari kemenangan jumpa Laos

KUALA LUMPUR: Aksi terakhir peringkat kumpulan antara Malaysia dan Laos dalam saingan Kejuaraan AFF Bawah 19 Tahun (B-19) esok menjanjikan aksi yang sengit memandangkan status juara Kumpulan B menjadi rebutan dua pasukan itu.
Kelebihan besar dipegang Laos memandangkan mereka yang ketika ini mengutip sembilan mata hanya perlu mengelak kekalahan di tangan Malaysia untuk mengesahkan slot sebagai juara kumpulan sementara Malaysia perlu meraih kemenangan.
Namun, pengendali skuad B-19, Hassan Sazali Waras berkata, kedudukan selaku juara ataupun naib juara tidak berada dalam fikirannya memandangkan fokus utamanya lebih berkisar untuk memastikan anak buahnya mendapat rehat yang sewajarnya.
“Saya lebih berfikir pada kadar rehat pemain khususnya yang sudah terbabit dalam setiap perlawanan.
“Jadi, untuk perlawanan terakhir ini yang menentukan sama ada kita juara ataupun naib juara, saya tidak mencari kemenangan.
Disyorkan Untuk Anda :
- Siapa Calon TPM Dari PPBM Yang Di Cadangkan Oleh Muhyiddin
- Cadangan Mengadakan PRU 15 Selepas Pembentangan Bajet 2023 Adalah Helah Menangguhkan PRU 15
“Saya tidak mahu memaksa pemain sampai mereka tidak mendapat rehat yang secukupnya. Ada sedikit (kecederaan) tetapi kita akan memeriksa mereka dengan teliti untuk mendapatkan maklumat sebenar mengenai status terkini pemain.
“Tetapi saya percaya aksi separuh akhir akan menjadi lebih sengit kerana ia menampilkan empat pasukan yang terbaik dalam setiap kumpulan,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Hassan juga menegaskan penambahbaikan masih perlu ditunjukkan selepas menyaksikan anak buahnya dibolosi tiga gol ketika meraih kemenangan 4-3 ke atas Timor Leste, kelmarin.
“Pemain nampak lebih berkeyakinan dalam perlawanan demi perlawanan selain menunjukkan semangat untuk membantu pasukan mencapai kemenangan
“Cuma apa yang merisaukan kita adalah di barisan pertahanan kerana walaupun kita dapat menjaringkan gol tetapi kita masih dibolosi dengan cepat,” katanya.
Saya tak cari kemenangan jumpa Laos
Disyorkan Untuk Anda :
- Tawaran Kepada Anak Muda Sekiranya Mengundi BN Dalam PRU 15
- Islam Yang Cuba Kau Hina Akan Tetap Mulia
Lawati Laman :
Salam Aidil Adha Kepada Semua Yang Beragama Islam