Seorang maut, 7 cedera kemalangan 3 kenderaan

Seorang maut, 7 cedera kemalangan 3 kenderaan

Seorang maut, 7 cedera kemalangan 3 kenderaan
Keadaan Proton Saga yang remuk selepas terbabit kemalangan menyebabkan pemandunya maut di Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi. – Foto ihsan bomba

KOTA TINGGI: Seorang lelaki maut, manakala tujuh yang lain cedera termasuk seorang parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di kilometer 52 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, Mohd Rafiee A Karim, 35, yang memandu kereta jenis Proton Saga itu disahkan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada kepala.

Turut cedera, tiga penumpang kereta sama termasuk seorang daripadanya iaitu kanak-kanak berusia tujuh tahun yang dilaporkan parah dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu.

Mengulas kejadian itu, katanya siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila kenderaan jenis BMW dinaiki empat warga negara jiran hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan, sebelum bertembung Proton Saga berkenaan.





Pada masa sama, sebuah Proton X70 yang mengikuti di bekalang Proton Saga terbabit gagal mengelak dan turut dirempuh BMW dipandu lelaki berusia 48 tahun itu.

“Selain pemandu Proton Saga yang meninggal dunia di lokasi kejadian dan penumpangnya iaitu kanak-kanak berusia tujuh tahun parah, dua lagi yang berada dalam kereta sama iaitu wanita berusia 31 tahun dan kanak-kanak berusia lima tahun dilapor cedera.


Disyorkan Untuk Anda :


“Sementara pemandu pemandu BMW cedera pada kepala dan semua tiga penumpangnya berusia sembilan hingga 15 cedera tahun hanya cedera ringan. Pemandu Proton X70 pula tidak mengalami kecederaan,” katanya mengesahkan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Seorang maut, 7 cedera kemalangan 3 kenderaan
Anggota bomba menutup mayat mangsa selepas dikeluarkan dari kenderaan yang tersepit. – Foto ihsan Bomba

Sementara itu, Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Mohd Rafiee A Karim berkata, pihaknya membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas menyelamat kemalangan jalan raya.

“Mangsa yang cedera diberikan rawatan awal sebelum diserahkan kepada pihak ambulans Kementerian Kesihatan untuk dihantar ke Hospital Kota Tinggi,” katanya.





Jet pejuang Myanmar terhempas di Sagaing

Seorang maut, 7 cedera kemalangan 3 kenderaan

 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Salam Aidil Adha Kepada Semua Yang Beragama Islam





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker