Belum masanya… Amsyar Lee tolak tawaran berlakon, fokus pelajaran lebih utama

Belum masanya... Amsyar Lee tolak tawaran berlakon, fokus pelajaran lebih utama
Amsyar Lee lebih selesa memberi fokus kepada satu perkara dalam satu masa.

Belum masanya… Amsyar Lee tolak tawaran berlakon, fokus pelajaran lebih utama

PENYANYI yang namanya sedang meningkat naik, Amsyar Lee terpaksa melenyapkan keinginan untuk menjadi pelakon kerana bimbang akan mengganggu tumpuan dalam pelajaran.

Amsyar, 23, memberitahu sebagai pendatang baharu, dirinya ingin fokus kepada satu bidang dalam satu masa terlebih dahulu.

Kata pelajar jurusan Teater dan Produksi Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu, keputusan tersebut terpaksa dibuat kerana bimbang gagal memberi fokus antara pelajaran dan kerjaya.

Amsyar Lee lebih selesa memberi fokus kepada satu perkara dalam satu masa.
Amsyar bersama Ezad Lazim menyanyikan semula lagu Mengintai Dari Tirai Kamar.

“Pernah sebelum ini saya menerima tawaran berlakon, namun menolaknya kerana terikat dengan komitmen masa. Ia merupakan drama episod yang memerlukan masa agak lama.





“Disebabkan sekarang saya lebih selesa untuk fokus kepada pelajaran, jadi tawaran tersebut ditolak kerana takut jika melakukan semua perkara dalam satu masa membuatkan saya gagal memberikan hasil berkualiti,” jelasnya kepada mStar.


Disyorkan Untuk Anda :


Meskipun menolak, Amsyar tidak berasa ralat atau kecewa melepaskan peluang untuk muncul di televisyen yang sememangnya menjadi impiannya.

Takut jika melakukan semua perkara dalam satu masa membuatkan saya gagal memberikan hasil berkualiti.
AMSYAR LEE
PENYANYI

“Ya saya belajar teknik lakonan, tetapi ini bukan masanya lagi. Saya sedar ini peluang terbaik untuk lebih dikenali kerana penonton akan melihat saya setiap hari di televisyen.

Belum masanya... Amsyar Lee tolak tawaran berlakon, fokus pelajaran lebih utama
Amsyar memiliki pengikutnya tersendiri di Instagram dan aplikasi TikTok.

“Namun saya tidak kecewa kerana percaya kepada rezeki. Setiap daripada kita sudah ditentukan rezeki masing-masing. Sekiranya bukan sekarang, insya-Allah masa akan datang akan ada rezeki lain pula,” tambahnya lagi.





Bercakap soal kerjaya, terbaharu Amsyar muncul bersama penyanyi Ezad Lazim menerusi nyanyian semula lagu Mengintai Dari Tirai Kamar.

Salam Aidil Adha Kepada Semua Yang Beragama Islam

Belum masanya… Amsyar Lee tolak tawaran berlakon, fokus pelajaran lebih utama

 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Salam Aidil Adha Kepada Semua Yang Beragama Islam





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker