ELYANA AKUI DAH PENAT BERPURA-PURA KUAT & BAHAGIA

MAHU 'HILANGKAN DIRI' CARI KETENANGAN

ELYANA AKUI DAH PENAT BERPURA-PURA KUAT & BAHAGIA

ELYANA AKUI DAH PENAT BERPURA-PURA KUAT & BAHAGIA

“Selama ini orang anggap saya kuat, tapi sebenarnya tidak. Selama ini saya hanya berlakon menjadi kuat meskipun berpijak di bumi nyata, saya tidak kuat pun. Kepakaran saya ialah berlakon, jadi saya tunjuk kuat dan bahagia, namun sejujurnya saya tidak kuat dan bahagia.

“Siapa yang menjadikan saya sebagai contoh atau anggap saya ini seorang yang positif, mungkin sudah boleh lupakan sahaja semua itu. Saya sudah penat untuk berpura-pura dan tidak tahu untuk lakukan apa lagi,” itulah kata penyanyi Elyana yang mendedahkan dia bukanlah orang yang sesuai untuk dijadikan contoh serta dianggap individu yang kuat berdepan dengan penyakit kanser.

Elyana yang kini sudah sembuh dari penyakit kanser dihidapinya itu berkata, dia bagaimanapun tidak mampu lagi berpura-pura bahagia serta rasa tidak gembira dengan orang disekelilingnya. Kata Elyana, dia sudah tidak boleh lagi menjalani kehidupan seperti itu serta berharap dapat pergi jauh untuk ‘menghilangkan diri’.





Menerusi sesi Live di Instagram itu, Elyana memberitahu dia kesal apabila gagal mendapatkan sokongan daripada individu terdekat, namun tidak mendedahkan siapa individu dimaksudkan itu.

ELYANA AKUI DAH PENAT BERPURA-PURA KUAT & BAHAGIA

“Saya sudah tidak boleh hidup macam ini. Sama ada saya lari jauh-jauh dan tidak timbul dah atau telan sahaja semua sengsara. Tiada orang cuba faham, tetapi orang mempunyai rasa ingin tahu.


Disyorkan Untuk Anda :


“Saya faham perasaan ingin tahu itu lebih kuat daripada ingin memahami. Saya cuba hendak bahagia, tetapi orang negatif masuk campur, saya penat sebab cuba untuk kuat dan sembuh, untuk positif.

“Tetapi orang sekeliling ini cuba menjatuhkan saya. Tipu kalau saya tidak cari jalan keluar, saya juga sudah berjumpa dengan psikiatrik, tetapi tetap tidak jumpa jalan keluar. Saya sudah tiada keinginan lain lagi, walaupun pergi ke tempat yang menarik, tetapi jiwa tetap rasa tidak bahagia,” ujarnya.





ELYANA AKUI DAH PENAT BERPURA-PURA KUAT & BAHAGIA

Sementara itu, dalam Live Instagram itu juga Elyana merancang mahu membeli tiket penerbangan untuk mencari ketenangan namun masih belum tahu destinasi yang ingin di tuju.

“Saya perlu juga pergi malam ini untuk mencari semula siapa diri saya, saya ingin mencari ketenangan saya balik,” tutur Elyana atau nama penuhnya Erneelya Elyana Emrizal.

Untuk makluman, Elyana, 32, mendirikan rumah tangga dengan Khairul Anuar Husin pada 2010 dan pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Cinta Sumayyah dan Cahaya Ramadhani.





DISURUH TAUBAT JAAFAR ONN ENGGAN HIDUP BERPURA-PURA

ELYANA AKUI DAH PENAT BERPURA-PURA KUAT & BAHAGIA

 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Salam Aidil Adha Kepada Semua Yang Beragama Islam





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker