“Gearbox Letak Tepi, Timbang Lebih..”

Wujud ‘Kroni’ Dalam Majlis Korban Di Masjid, Netizen Kongsi Rasa Kesal

 

“Gearbox Letak Tepi, Timbang Lebih..”

Sambutan Hari Raya Aidiladha yang pada hari Ahad lalu disambut meriah umat Islam di negara ini setelah beberapa tahun ia dilaksanakan secara sederhana berikutan perlaksanaan PKP COVID-19.

Aidiladha merupakan hari yang disambut dengan penuh keikhlasan dan ia turut memberi maksud pengorbanan selaras dengan perintah Allah S.W.T terhadap hambanya.

Namun, ada juga kisah kurang enak mengenai ibadah korban yang dijalankan di masjid-masjid mahupun persendirian.





Seperti satu perkongsian di Twitter ini, seorang individu telah mendakwa bahawa terdapat isu ‘kroni’ dalam pengagihan daging korban yang tidak adil sejak azali.

Dakwanya, memegang amanah mengedarkan daging korban adalah sangat besar tanggungjawab dan tidak semua orang boleh melakukannya.

..sorok ekor lembu masuk dalam plastik, berebut kepala lembut, tulang gearbox letak tepi, timbang lebihkan AJK tu benda biasa.

Kata individu itu, orang yang sepatutnya menerima daging korban akhirnya tidak menerima apa sebaiknya dan hanya mendapat baki seperti lemak, urat dan bukannya daging.

Menjengah ke ruangan komen, tweet tersebut menerima respon sama daripada netizen yang tampil berkongsi pengalaman mereka di kariah masing-masing.





 

“Gearbox Letak Tepi, Timbang Lebih..”
Sumber : Twitter

“Semalam ada pertelingkahan kat kampung aku. Orang yang buat ibadah korban tak dapat lagi bahagian mereka. AJK dah bahagikan daging kat pemotong daging dulu” kongsi seorang netizen.

Berikutan isu itu, ramai netizen yang memilih untuk melakukan amalan korban secara persendirian dan mengagihkan sendiri daging kepada golongan yang memerlukan.

Persiapan Aidiladha 6 beranak musnah, rumah terbakar





“Gearbox Letak Tepi, Timbang Lebih..”

 


Disyorkan Untuk Anda :


 


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Salam Aidil Adha Kepada Semua Yang Beragama Islam





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker